PART 3L2 : “NATURE AND THINGS AROUND US”
BAB 3L2 : SUMBER YANG TERSEDIA ADA DI SEKITAR KITA
Saya tinggal dalam kawasan pendalaman Kinabatangan, Sabah (ladang dalam hutan) yang tidak mempunyai kemudahan asas yang sempurna seperti letrik, air, jalan bertar, tabika atau pun sekolah.
Kemudahan-kemudahan asas yang lain seperti talian komunikasi serta peralatan keperluan harian, semuanya serba kekurangan. Apatah lagi kemudahan radio, internet maupun komputer.
Untuk pergi ke pekan terdekat akan mengambil masa perjalanan tidak kurang dari 4jam, itupun sekiranya cuaca mengizinkan. Jalan keluar masuk ladang sekadar tanah merah (jungle tracks) perlu melintasi kawasan hutan Simpanan.
Bahan makanan seperti jagung, sayur-sayuran dan buah-buahan tempatan terpaksa ditanam sendiri. Dari sungai juga terdapat bermacam jenis ikan dan udang. Binatang ternakan seperti ayam juga dipelihara di kawasan rumah.
Saya mula membuat kajian mendalam mencari sistem yang mudah agar kanak-kanak disana dapat belajar membaca dari rumah. Sebelum tahun 2005, sukar untuk mencari sumber rujukan mengenai sistem Phonics di pasaran; buku-buku latihan, buku cerita mahupun kemudahan internet. Oleh yang demikian, cara penyampaian terpaksa direka bentuk bersesuaian dengan apa saja bahan yang ada di sekeliling kami.
Sekarang terdapat banyak laman-laman web mengeluarkan program yang direka bentuk khas oleh pakar-pakar bahasa secara formal ala Barat dan banyak juga program yang datang dari Negara Jepun, tetapi malangnya, cara penyampaian (tutorials) kebanyakkan hanya dalam bahasa Inggeris sahaja.
Program yang saya rangka telah mengambil kira dan disesuaikan mengikut citarasa, tahap penerapan serta kepayahan yang dihadapi anak-anak yang tidak mempunyai latar belakang atau pendedahan dalam bahasa Inggeris. Yang juga turut serta mengikuti kelas bimbingan termasuk juga mereka dari golongan remaja dan dewasa dari peringkat umur 7 tahun hingga 40tahun.
Di sekitar kawasan rumah kita sebenarnya terdapat banyak sumber-sumber yang sedia ada (alam semula jadi) yang dapat dijadikan bahan pembelajaran.
Kawasan dalaman rumah pun banyak perkataan-perkataan seperti fan, pan, mat, rug, mug, jug, mum, dad, tin, can, tap, sink, tub, brush, plug, bulbs, dress, pants, slipper, belt, bottle,kettle, plug, mop, desk, pen, gum, bed, mattress, fish, chicken, eggs, dan beratus-ratus perkataan huruf vokal pendek yang dapat anda perkenalkan kepada anak anda. (satu hari belajar lima perkataan pun memadai).
Kegunaan kelima-lima deria yang ada pada tiap individu (tidak perlu beli) sangat membantu dalam pembelajaran; rasa, bau, sentuh, dengar dan lihat. Minta anak anda catat penemuan-penemuan baru mereka dan terjemahkan dalam bahasa Inggeris, satu cara untuk mengembangkan "vocabulary" mereka dalam bahasa Inggeris.
Lawatan dan kunjungan menarik sambil belajar.
Di kawasan bandar segala kemudahan bagi membantu pembelajaran tersedia ada, pilih saja aktiviti mengikut citarasa anak dan kemampuan keluarga. Di kebanyakkan Tabika bermacam jenis aktiviti akan dianjurkan oleh pihak sekolah; lawatan dan kunjungan sambil belajar yang diadakan di bawah jagaan rapi guru kelas mereka;
Lawatan ke Zoo Taiping
Tidak kira di mana saja kita berada dalam apa sahaja
keadaan, peluang pendidikan perlu diberi kepada anak kita demi masa depan mereka.
Selamat membaca.