Thursday, September 23, 2010

PHONICS - BUNYI HURUF /c/

"PHONICS - SOUND OF THE ALPHABETS"
BAB 1 - BUNYI-BUNYI HURUF


1.3.   Cc  =  CAT (Kucing)


Bila saja saya mula menyoal murid (sambil tunjuk kepada mereka gambar kucing) "apakah bunyi huruf /c/", laju dan spontan semua menjawab dengan serentak "MEOW MEOW".





Ya, memang bunyi ini yang mereka diajar sejak bayi lagi. Melekat sampai sekarang. Perhatikan bayi yang baru saja berumur 8bulan, sebut saja "MEOW MEOW" mata mereka akan memandang tepat ke arah kucing! Sudah pandai mengaitkan bunyi dengan objek.
 

1.   Sebutan bunyi /c/ - Keras dan lembut
          http://genkienglish.net/phonics.htm 

2.   Aktiviti online - Starfall.comStarfall Learn to Read


3.   Latihan menulis dan lain-lain
                              FunFonix.com 
                              http://www.funfonix.com/abc/ 

 

Dua bunyi /c/
KERAS DAN LEMBUT


Huruf konsonan 'Cc' dalam bahasa Inggeris tidak mempunyai bunyi tersendiri seperti huruf-huruf lain.

Salah satu bunyi /c/ bunyi SAMA dengan bunyi huruf konsonan /k/. Misalnya; 
  • cattle (tenakan lembu)
  • kettle (cerek air / pot) 

Seterusnya, sekiranya huruf /c/ dituruti dengan huruf-huruf /e/, /i/, dan /y/ bunyi /c/ akan mengambil bunyi huruf /s/ pula dengan sebutan lembut, ssssss. Kita lihat contoh di bawah ;

CYCLE

Huruf /c/ yang pertama bunyi lembut,
Huruf /c/ yang kedua bunyi keras.


Sebutan bunyi huruf konsonan /c/ dalam bahasa Inggeris tidak sama dengan sebutan bunyi dalam bahasa Malaysia. Bunyi huruf /c/ dalam bahasa Malaysia adalah seperti bunyi /ch/ dalam bahasa Inggeris, (dari kumpulan konsonan "digraphs") yang akan anda belajar dalam sesi-sesi akan datang;
  • chant  (BI)      seperti bunyi c       cantik  (BM)
  • cheque  (BI)   seperti bunyi c        cek   (BM)
  • chop  (BI)       seperti bunyi c        cop  (BM)



1.  Terdapat banyak bahan serta gambar menarik yang boleh anda layari bersama anak anda di laman web seperti Animal Planets/ discovery sini.

- memperkenalkan lebih 50 jenis-jenis kucing yang terdapat dalam dunia, nama-nama, rupa bentuk, tabiat, tips memelihara dan sebagainya.
2.   Banyak artikel lain serta gambar menarik dapat anda google di bawah tajuk;
  • "pictures of cats"
  • "cats international competitions"
  • "cute cats'
  • dan lain-lain.
3.   "Cats have six, seven, nine lives". Kenapa?
4.   Personaliti terkenal seperti Garfield, Tom, Duchess, Berlioz, Marie, Toulouse, Bagheera, Milo, Rufus? Yang mana satu minat mereka?
5.   Sambil melayari laman web dan bersembang-sembang dengan anak anda, sentiasa minta mereka ulangi sebutan nama 'Cc' untuk "cat" dan bunyi huruf /c/ adalah (dua) seperti bunyi /k/,/k/,/k/ dan /s/,/s/, /s/.
6.   Anak di bawah umur 5-6tahun, minta teruskan dengan buku skrap "The sounds of the Alphabets" mereka, mengunting dan melekatkan gambar-gambar kucing kegemaran mereka di bawah tajuk /c/.






Dalam sesi-sesi pembelajaran PHONICS, pelbagaikan aktiviti bagi memudahkan mereka mengingati objek atau aktiviti yang berhubungkait dengan bunyi-bunyi huruf tersebut. Sentiasa ulangi 'Cc' untuk "cat".



1.  Apakah aksi-aksi istimewa yang dilakukan oleh kucing kesayangan anak anda?
2.  Mengajar anak cara betul menjaga kucing di rumah dari segi pemakanan dan kebersihan peliharaan kucing dan sebagainya.



Saya rasa anak anda sudah mula menunjukkan tindak balas positif, minat ingin terus belajar membaca dalam bahasa Inggeris? Jesteru itu anda sudah boleh mula membiasakan anak-anak bertutur dalam bahasa Inggeris dengan memperkenalkan perkataan yang mudah seperti;
  • This is an apple. Is that an apple too?
  • What is this? Is that a ball?
  • What is that? That is a cat!



Nota: 'a' di atas bunyi 'uh' dalam bahasa Inggeris seakan sebutan bahasa Malaysia dalam bunyi api. Terdapat beberapa bunyi /a/ yang lain yang akan dikupaskan dalam sesi lain yang akan datang.



Tips untuk ibubapa:
  • Sebelum memulakan tiap sesi pembelajaran, minta mainkan dulu lagu "The Phonics Song" yang terdapat dalam laman web GenkiEnglish.com, dan nyanyikan bersama anak anda.
  • Dibahagian kanan atas blog ini disediakan 'slideshow' yang memaparkan huruf serta objek-objek berkaitan. Gunakan untuk mengulang-kaji nama dan bunyi huruf-huruf yang anak anda sudah belajar dalam Bab 1 - "Phonics - Sounds of the Alphabets". 




THE HOT WORD /C/
Why does the single letter C represent so many different sounds, including the same sound as K?




Selamat mencuba

No comments:

Post a Comment