Saturday, October 9, 2010

PHONICS - ă SHORT VOWELS INITIAL BLENDS (SLIDES) / VOKAL PENDEK ă


PART 2.A  :  INITIAL BLENDS SHORT VOWEL ă (SLIDES)
BAB 2.A  : Vokal ă bunyi pendek (slides)



(Slides Picasa INITIAL BLENDS SHORT A- sila klik bhgn kanan blog ini)

Apakah aktiviti atau cara terbaik untuk mengajar anak mula mencantum bunyi-bunyi huruf vokal dan konsonan? 


Tidak kira teknik yang mana satu asalkan pembelajaran mencantum mudah diserap oleh anak anda. Citarasa anak - aktiviti yang mana lebih disenangi mereka contohnya dengan mengguna   flashcards, lagu dan nyanyian, pergerakkan tangan, cara tepukan atau yang lain-lain?



Saya guna macam-macam cara yang disesuaikan mengikut kebolehan dan kecekapan individu, misalnya;



 FLIPCARDS – Anda boleh dapat set ini di kedai-kedai buku yang kebiasaannya menyediakan satu sudut khas bahagian “Phonics”:
  


Bagi anak-anak dibawah 6 tahun, anda boleh jadikan ini sebagai satu aktiviti bersama mereka iaitu menghasilkan satu set “flipcard” dari rumah. 

  •    Guna 3set kertas warna (cardboard keras) ukuran 10cm persegi x 28 keping dan lekapkan huruf a-z pada bahagian depan dan belakang kepingan cardboard tersebut.
  •  Pilih beberapa keping dan lekatkan gambar-gambar seperti epal, gajah, payung, dakwat dan oren (gambar-gambar berhubungkait dengan huruf-huruf yang masih sukar anak anda ingat).
  • Dibahagian muka surat pertama dan muka surat belakang lekatkan gambar keluarga dan sebagainya. 

Aktiviti mengguna “flipcard” boleh diadakan dimana sahaja. Bagi kanak-kanak yang buat pertama kalinya baru belajar mengeja dan membaca, aktiviti ini sangat digemari mereka.



 Dalam bahasa Malaysia kita juga belajar mengeja dan mencantum huruf konsonan (K) dan vokal (V) untuk dijadikan suku kata, misalnya ba, ca, da, fa, ga, ha, ja, ka, la, ma dan seterusnya. 

.............Anda juga boleh mengikut tektik yang sama, perbezaan hanya dari segi kedudukan bunyi huruf vokal (dahulukan) dan konsonan (selepas huruf vokal) seperti, ab, ac, ad, af, ag, ah, aj, ak, dan seterusnya..............



MENEPUK – Cara ini menarik dan memberi kesan kepada sebilangan kanak-kanak. Terutama bila diselitkan dengan pergerakan mulut dan mata yang gaya melucukan, anak anda tidak akan merasa bosan.

  • Sambil sebut bunyi huruf vokal
o   Tepuk tangan secara perlahan
  • Sambil sebut bunyi huruf konsonan
o   Tepuk tangan kali kedua secara pelahan
  • Sambil sebut cantuman V+K
o   Tepuk dengan tajam dan KUAT


GERAK DUA BELAH TANGAN - Sebutan bunyi huruf vokal disebut dengan lebih jelas dan kuat kemudian diakhiri dengan bunyi huruf konsonan yang dikeluarkan dengan pelahan, pantas dan pendek.
 
  • Jarakkan dua belah tangan antara 30cm dihadapan anda.
  • Sebut bunyi huruf vokal sambil perlahan-lahan mengecilkan jarak antara dua belah tangan.
  • Bila dua tangan dekat dalam 10cm sebutkan bunyi huruf konsonan secara pantas dan tajam, dan
  • Tepuk tangan dengan KUAT sambil menyebut bunyi cantuman V+K tersebut.
  • Ulangi beberapa perbuatan yang sama dan kali kedua dan seterusnya, kecilkan jarak antara dua belah tangan anda.


Proses mencantum mungkin senang bagi sebilangan kanak-kanak yang sudah berjinak dengan pembelajaran membaca dalam bahasa Malaysia. Pelbagaikan aktiviti dan beri mereka masa dengan mengadakan banyak latihan.



Selamat mencuba





No comments:

Post a Comment