Wednesday, December 15, 2010

PHONICS: Sounds of Letter /g/ - Bunyi-bunyi huruf /g/

PART 3dG: 
PHONICS: Sounds of Letter /g/
BAB  3dG :  
PHONICS: Bunyi-bunyi huruf /g/

Bunyi huruf /g/ dihubungkaitkan dengan perkataan “girl”, dalam pembelajaran mengenal bunyi huruf-huruf dalam bab 1 - the sounds of the alphabets. g! g! g! g! g! g! g! g! g!. Boleh ingat kan?

Tunggu dulu!  Disini kita belajar satu lagi bunyi, huruf konsonan /g/ sama juga seperti huruf konsonan /c/ (klik sini) - /g/ juga mempunyai dua jenis bunyi yang berbeza seperti contoh di bawah;



  • Bunyi keras
  • (G for girl) bila diikuti huruf vokal /a/, /o/,  /u/.
             
  • Bunyi lembut
  • (Guna bunyi huruf /j/, “j for jam”) bila dituruti huruf vokal /e/, /i/ dan /y/.

  • Nota:   Girl adalah dari kumpulan bunyi lain,(Bossy ‘r).

Dalam sesi latihan bunyi trigraf nanti (bunyi hasil gabungan tiga huruf menjadi satu bunyi), huruf /g/ juga akan mengguna bunyi huruf /j/ bila deretan huruf-huruf seperti /d/+/g/+/e/ digabungkan!

*
 Huruf /c/ dan huruf /g/ mempunyai dua jenis bunyi yang berlainan bila bertemu dengan huruf-huruf vokal tertentu...

Selamat membaca.

Monday, December 13, 2010

PHONICS: 3 LETTERS COMBINATION (CONSONANTS) / GABUNGAN DERETAN 3 HURUF KONSONAN

PART 3dF:   PHONICS - 3 LETTER BLENDS  
BAB  3dF :   PHONICS - GABUNGAN 3 HURUF  


Bunyi hasil gabungan deretan 3 huruf boleh dibahagikan kepada tiga kumpulan; 

1.  Consonant Clusters (blends) / Kluster (Gabungan) konsonan
Gabungan tiga huruf konsonan dimana bunyi tiga konsonan tersebut tetap kedengaran seperti dalam contoh: scr, spl, spr dan str. (slides sini)


2.   Digraph blends / Gabungan digraf
Gabungan digraf dan huruf konsonan (tiga huruf) yang menghasilkan dua bunyi seperti dalam contoh: chr, lph. nch, pth, sch, shr dan thr. (slides sini)


3.   Trigraph / Trigraf
 Gabungan tiga huruf dan hasil gabungan dengan hanya satu bunyi seperti contoh dalam: tch. dge dan igh (slides sini).


Kebiasaannya proses mengabung huruf mudah diserap oleh kebanyakkan kanak-kanak. Walaubagaimana pun terdapat juga mereka (slow learners) yang menghadapai kesukaran melakukan proses ini dengan licin dan lancar. Bantu mereka dengan penuh kesabaran, jangan mendesak. 


Guna cara dan bahan-bahan yang terdapat disekeliling anda, mengikut rentak “informal” tersendiri agar mereka faham apa yang ingin disampaikan.  Umpamanya semasa mengajar konsep bunyi gabungan konsonan dan trigraf,
  • anda boleh mengguna contoh seperti Milo, Nescafe, teh limau atau Teh susu yang siap diproses dalam paket “3 in 1”. Tiga bahan menjadi satu rasa! ataupun
  • Semasa menyediakan masakan ikan “sweet and sour”. Pedas, manis dan masam semuanya terasa... Itulah dinamakan ikan tiga rasa! Sama seperti kluster?

Sesi-sesi seterusnya kita akan adakan latihan mengguna slides, cuba memahami perbezaan antara sifat dan bunyi hasil gabungan deretan 3 huruf dalam kumpulan-kumpulan seperti;
  • kluster,
  • gabungan digraph dan
  • trigraf.

PERKEMBANGAN SISTEM PHONICS

Sistem phonics ini telah lama ujud. Layari internet untuk mendapat ringkasan sejarah - bila dan mengapa sistem ini mula diperkenalkan dan apakah reaksi orang ramai terhadap penggunaan sistem ini.


Saya sangat tertarik dengan perjuangan Puan Logan Loring (di sini)  dalam perkembangan dunia PHONICS. Pada tahun 1920 Puan Logan Loring mula mengguna kaedah PHONICS kerana ingin membantu anak-anak jiran dari kawasannya yang tidak tahu membaca (buta huruf).


Walaupun sistem ini terbukti membawa kesan yang positif, beliau dikritik hebat oleh pihak-pihak tertentu kerana sistem ini tidak sehaluan dengan kaedah penyampaian yang sedia ada pada masa itu. 


Sila baca seterusnya (muka surat 27 hingga 31) mengenai perjuangan Puan Logan Loring dan sumbangan beliau dalam perkembangan "membaca asas bahasa Inggeris melalui kaedah PHONICS";

Reading Made Easy
with
Blend Phonics for the First Grade

Lesson Plans and
Teacher’s Guide
Hazel Logan Loring
This publication is a project of the
Logan Institute for Educational Excellence
© 1980 by Hazel Loring


HAPPY READING

Sunday, December 12, 2010

PHONICS: ‘gh’, ‘ph’ (SLIDES) CONSONANT DIGRAPH / DIGRAF (GABUNGAN KONSONAN)

BAB  3dE :       DIGRAF ‘gh’, ‘ph’  GABUNGAN KONSONAN


Consonant digraph - Gabungan konsonan /p/+/h/ dan /g/+/h/ adalah dari kumpulan digraf dan gabungan dua konsonan tersebut akan menghasilkan hanya satu bunyi, iaitu bunyi huruf konsonan /f/, seperti contoh perkataan-perkataan dibawah:

                Phonics,      physics,     photo,
                cough,        laugh,        tough


Selain dari bunyi huruf /f/, digraph ‘gh’ juga mengguna  bunyi huruf-huruf yang lain. Di bawah ini kita lihat contoh beberapa cara dan bunyi lain hasil gabungan huruf-huruf /g/ dan /h/;

   Bunyi huruf /g/                  :   ghost, ghastly
   Bunyi disenyapkan           :   high,  light
  

Diagraf ‘gh’ bila dicantum dengan dua huruf vokal  seperti gandingan huruf ‘ou’ akan menghasilkan beberapa bunyi lain lagi. (Topik ini akan telitikan dalam sesi “Beyond Phonics” yang akan datang).

Digraph ‘ph’, ‘gh’ slideshow
Latihan digraf ‘ph’, ‘gh’ (mengguna slides.)






Renungan bersama
Cough  -  Batuk


HAPPY READING

Saturday, December 11, 2010

CONSONANT PHONICS: DIGRAPH ‘wh’ / DIGRAF ‘wh’ (GABUNGAN KONSONAN)

PART 3dD:       CONSONANT DIGRAPH ‘wh’
BAB 3dD :        DIGRAF ‘wh’ – GABUNGAN KONSONAN

Sama seperti konsonan digraf ‘th’, bunyi gabungan konsonan ‘wh’ juga mengeluarkan hanya satu bunyi.

Dalam gambar ini, sila perhatikan bentuk mulut si kecil yang cuba meniup lilin itu!  Ya, begitu bentuk mulut bila menyebut perkataan yang bermula dengan digraf ‘wh’.
 
Cuba hembus dan telitikan sekali lagi. Hembusan bunyi digraf ‘wh’ lebih ke arah bunyi ‘hw’?... Latih berulang kali. (British English) Bilamana anak anda sudah menguasai bunyi ‘hw’ ini, mereka tidak akan keliru bila menyebut perkataan-perkataan yang bermula dengan  digraf ‘wh’.

Dari kalangan pendidik Phonics (American English) digraf  ‘wh’ lebih mudah lagi diperkenalkan dengan cara memisahkan sahaja bunyi ‘wh’ kepada dua bahagian, seperti dalam contoh perkataan-perkataan berikut; 
  1.   Contoh ‘wh’ dimana bunyi huruf /w/ sahaja kedengaran;

·      whip      when    whiz       what    
·      whisk     whiff     where    white
·      which    why      whack

  2.   Contoh ‘wh’ dimana bunyi huruf /h/ sahaja kedengaran;

·      who    whom    whose    whole

            Bunyi perkataan “whole” sama
             seperti bunyi perkataan“hole”.

AKTIVITI:  “LEARN TO SPEAK ENGLISH
Di bahagian kanan blog ini, di sertakan sudut “Learn to Speak English”, link kepada beberapa laman web yang menyediakan video-video bagi membantu anak anda mula belajar berkomunikasi dalam bahasa Inggeris. 


Belajar mengguna video seperti ini dapat mengejapkan lagi sebutan dan intonasi, supaya anak dapat menyebut dan membaca dengan betul. Kemahiran yang dipupuk ialah kebolehan mengenal pasti dan membezakan pelbagai aspek dalam sebutan dan intonasi agar anak dapat menyampaikan sesuatu makna dengan tepat berdasarkan konteks dan situasi.

Sebagai contoh, laman web hugosite.com telah mengeluarkan 370 video-video pendek, memperkenalkan perkataan-perkataan kegunaan harian, misalnya; 
  • This is an apple 
  • What is this? 
  • This is an apple too 
  • This is a green apple. 
  • That is a red apple. 
  • Which apple is red and which one is green? 
  • The apples are on the table.
Saya yakin anak anda sudah fasih membaca ayat-ayat yang mengandungi bunyi-bunyi vokal pendek seperti di atas.  Adakan aktiviti ini tiap hari, MENGEJA, MEMBACA sambil belajar BERTUTUR dalam BAHASA INGGERIS...

Good Luck!