Thursday, September 30, 2010

PHONICS - PERBAGAIKAN AKTIVITI SAMBIL BELAJAR


PELBAGAIKAN AKTIVITI

Dalam sesi pembelajaran Bab1 (1.1 hingga 1.5) saya telah memberi beberapa tip cara untuk memikat hati anak supaya minat belajar membaca. Sekiranya anak mula memberi tanda-tanda sudah mula bosan, pelbagaikan aktiviti supaya minat mereka tidak terhenti di tengah jalan.

Sebenarnya semua bahan bagi memudahkan mereka belajar ada disekeliling anda serta barang-barang yang anda guna tiap hari dirumah;

·       Ff               =    fish (ikan)
·       Gg (klik)     =    girl (perempuan)
·       Hh              =    house (rumah)
·       Ii                =    Ink (dakwat)
·       Jj (klik)       =    jam (jem)
·       Kk              =    kite (laying-layang)
·       Ll                =    lemon (lemon)
·       Mm             =    monkey (monyet)
·       Nn              =    net (jala)
·       Oo              =    orange (oren)
·       Pp              =    pen (pen)
·       Qq              =    queen (Permaisuri)
·       Rr (klik)      =    rabbit (arnab)
·       Ss              =    sun (matahari)
·       Tt               =    top (gasing)
·       Uu              =    umbrella (payung)
·       Vv              =    van (van)
·       Ww            =    watch (jam tangan)
·       Xx              =    box (kotak)
·       Yy (klik)     =    yellow (kuning)
·       Zz              =    zebra (kuda belang)



Kanak-kanak dari keluarga yang tidak ada langsung pendedahan menggunakan bahasa Inggeris di rumah (bertutur atau membaca) saya telah memilih hanya satu objek untuk dihubungkaitkan dengan satu bunyi huruf. 

Ini adalah supaya anak tidak dibebani kerana terpaksa mengingati terlalu banyak nama objek bagi mengenalpasti bunyi satu-satu huruf.

Laman web yang dilampirkan dalam posting-posting sebelum ini menyediakan banyak bahan-bahan aktiviti yang boleh membantu anda;

RachelEnglish – mengeluarkan video-video untuk membantu mereka yang ingin belajar membaca bahasa Inggeris. Rachel juga mempunyai facebook dimana anda dapat berinteraksi dan mengemukakan soal-soalan atau mengikuti perkembangan semasa mengenai pembelajaran dalam bahasa Inggeris.

Di laman web BBC Learning English di bawah tajuk "pronunciation tips" terdapat video dan bahan-bahan rujukan yang dapat membantu anda dengan sebutan-sebutan tiap bunyi huruf.

GenkiEnglish.com menawarkan pakej program PHONICS untuk kanak-kanak serta pakej khas untuk ibu-bapa dan guru sekolah. Aktiviti-aktiviti termasuk pembelajaran melalui nyanyian dan latihan-latihan online begitu menarik sekali. Sekiranya anda berminat, boleh membeli pakej bayaran secara online dengan harga yang sangat berpatutan.

Starfall Learn to Read

Starfall.com
juga mengadakan banyak bahan latihan online dan menawarkan pakej-pakej menarik yang sangat mudah dan "computer friendly" bagi membantu anak anda belajar membaca bahasa Inggeris di rumah. Anda juga boleh membeli pakej-pakej yang lengkap secara online.


Terdapat banyak pakej-pakej lain yang sedia ada dalam internet yang dapat membantu anda mengajar anak-anak belajar membaca bahasa Inggeris menggunakan sistem PHONICS di rumah. 

Apapun, pilih mengikut citarasa anak anda berdasarkan tahap kebolehan/penerapan masing-masing, umur dan minat mereka. Tanpa usaha masakan kita boleh tahu boleh berjaya atau tidak?


Selamat mencuba

Monday, September 27, 2010

PHONICS - BUNYI HURUF /e/

 "PHONICS - SOUND OF THE ALPHABETS"


 BAB 1 -  BUNYI-BUNYI HURUF
1.5  Ee  =  Elephant (Gajah)

   
   
(With lots of thanks to Rachel)

Sila lihat sebutan bunyi huruf vokal /e/ dalam video ini perbezaan bunyi antara huruf /a/ dan huruf /e/:



 
Sila rujuk sekali lagi video huruf vokal /a/ (Bab 1-1.1) bagi membantu anda mengecam dengan tepat perbezaan antara bunyi huruf /e/ dengan bunyi huruf /a.



Pastikan anak anda menguasai bunyi kedua-dua huruf vokal ini dengan tepat. Bunyi yang kedengaran hampir sama namun erti perkataan berbeza sekali;
  • bed - katil
    • bad - tidak baik/jahat
  • bet - pertaruhan
    • bat - kelawar/kayu pemukul bola
  • fed - memberi makan
    • fad - meniru fesyen/gaya terkini
  • men - lebih dari seorang lelaki
    • man - seorang lelaki
  • pet - haiwan peliharaan
    • pat - menepuk perlahan-lahan 
(Dalam topic akan datang - "homophones")


Perbezaan antara dua bunyi-bunyi ini boleh mengelirukan. Adakan aktiviti pengukuhan, berulang-kali menyebut nama huruf Ee, yang dikaitkan dengan objek "elephant" .


Oh ya..beraksi dengan lakunan kononnya anda tiba-tiba terkejut dan melatah mengeluarkan bunyi kuat eh! eh! Tingkah laku melucukan ini juga dapat menarik perhatian mereka bagi memudahkan mereka ingat bunyi huruf /e/.


Sebutan bunyi huruf /e/ ini dalam bahasa Malaysia seakan-akan bunyi seperti e dalam ekor.  /e/, /e/, ekor!


Banyak juga dari kalangan anak-anak  silap menyebut bunyi huruf /e/ misalnya seperti sebutan perkataan-perkataan di bawah ini;


Perkataan                                                    Kesilapan

red (merah)    Sebutan salah          raid (serbu)
                     menguna bunyi
bed (katil)      nama huruf Aa.        bade (mengucap)



Bahan-bahan rujukan

1.  Carta sebutan dan lain-lain, sini.



2. Aktiviti online - Starfall.com
Starfall Learn to Read
 

3.  Latihan menulis dan sebagainya
     FunFonix.com
       Carlscorner.us.com


  
Aktiviti
1. Gajah adalah haiwan darat yang paling besar dalam dunia. Ketinggian Gajah dari Afrika boleh mencecah hingga 13 kaki dengan berat badan 8 ton! Sila layari gambar-gambar dalam laman web. 





2.  Di negeri Sabah, Malaysia dan kawasan sempadan Kalimantan pula terdapat gajah terkecil sedunia dikenali gajah kerdil (pygmy). 

Gajah kerdil dewasa yang berumur dalam lingkungan lima tahun, mempunyai ketinggian sekadar 7 kaki sahaja. Sama-sama tonton video yang disertakan ini mengenai gajah kerdil yang dipetik dari Youtube cwilson4.


3.  Ulang berkali-kali bunyi huruf /e/.


4.  Minta anak anda gunting dan lekatkan gambar dalam buku skrap di bawah tajuk /e/.




  
Selamat mencuba.

Saturday, September 25, 2010

PHONICS - BUNYI HURUF /d/

"PHONICS - SOUND OF THE ALPHABETS"
 BAB 1 :  BUNYI-BUNYI HURUF /d/

1.4   Dd  =  DOG (Anjing)



  Bunyi huruf konsonan /d/ sama seperti bunyi huruf /d/ dalam bahasa Malaysia.


Sila rujuk video tutorial dalam Bab 1 - 1.2 untuk melatih anak anda supaya dapat sebutan sebutan bunyi /d/ yang jelas dan tepat.


Beri perhatian terhadap pergerakan mulut, bibir dan dari mana asalnya keluar bunyi semasa menyebut /d/, /d/, /d/. Sementara itu supaya mudah dapat membezakan antara bunyi huruf  /b/ dan /d/, minta anak anda cuba sebut beberapa kali bad, dab, dad... bad, dab, dad.



1. Latihan sebutan huruf /d/ - 
GenkiEnglish.com 
2. Aktiviti online - Starfall.com
3.  Latihan menulis dan lain-lain
FunFonix.com dan kidstv123.com
4.  Kidstv123
http://www.kidstv123.com/


1.  Dalam laman web seperti Animal Planets/ Discovery   - terdapat gambar serta video yang sangat menarik mengenai jenis-jenis anjing, nama, rupa bentuk dan sebagainya.


2.  Buku Rekod Guiness World telah mencatatkan Gibson, sejenis anjing Great Dane yang paling tinggi dalam dunia, bila berdiri mencecah ketinggian 7'2". 



3.  Sementara itu pula, Boo boo sejenis anjing Chihuahua adalah anjing yang paling kecil di dunia dengan ketinggian sekadar 4" sahaja!



4.  Kenapa anjing bernama Laika begitu terkenal?



5.  Anjing-anjing lain yang istimewa termasuk Lassie, Shep, Bobby, Hachiko, Squek, Endal dan Betsy.Apakah keistimewaan anjing-anjing ini?



6.  Selain sebagai haiwan peliharaan anjing-anjing juga digunakan untuk membantu manusia. Menarik sled, untuk memburu, mengawal ternakan seperti lembu dan biri-biri, membantu pihak pemerintah seperti Polis, Tentera dan Kastam, mengadakan pertunjukkan dalam circus, membantu orang kurang upaya dan banyak lagi.



7.  Terdapat juga watak-watak anjing yang popular dalam siri-siri kartun, yang mana satu kegemaran anak anda?




8.   Movie menarik berkenaan anjing 
101 dan 102 Dalmations dapat ditonton bersama.



9.   Kanak-kanak suka mendengar cerita apatah lagi apabila dilengkapkan dengan gambar-gambar berkaitan.  Aktiviti  bersembang-sembang sambil belajar akan memberi kesedaran kepada anak anda bahawa dia perlu cepat belajar membaca kerana terdapat banyak bahan-bahan menarik yang boleh dipelajari sekiranya dia cekap membaca.




Asas bunyi-bunyi huruf sangat penting dan pastikan anak anda mahir mengenali huruf dan bunyinya. Ini akan dapat membantu mereka mengeja dan membaca dengan cepat dan lancar. 



Pengenalan perkataan 'on', 'in', 'under' & 'inside'.


  • The apple is in a box.
  • That ball is on the table.
  • The cat is under the table.
  • That dog is inside the dog house.   

Selamat mencuba.

Thursday, September 23, 2010

PHONICS - BUNYI HURUF /c/

"PHONICS - SOUND OF THE ALPHABETS"
BAB 1 - BUNYI-BUNYI HURUF


1.3.   Cc  =  CAT (Kucing)


Bila saja saya mula menyoal murid (sambil tunjuk kepada mereka gambar kucing) "apakah bunyi huruf /c/", laju dan spontan semua menjawab dengan serentak "MEOW MEOW".





Ya, memang bunyi ini yang mereka diajar sejak bayi lagi. Melekat sampai sekarang. Perhatikan bayi yang baru saja berumur 8bulan, sebut saja "MEOW MEOW" mata mereka akan memandang tepat ke arah kucing! Sudah pandai mengaitkan bunyi dengan objek.
 

1.   Sebutan bunyi /c/ - Keras dan lembut
          http://genkienglish.net/phonics.htm 

2.   Aktiviti online - Starfall.comStarfall Learn to Read


3.   Latihan menulis dan lain-lain
                              FunFonix.com 
                              http://www.funfonix.com/abc/ 

 

Dua bunyi /c/
KERAS DAN LEMBUT


Huruf konsonan 'Cc' dalam bahasa Inggeris tidak mempunyai bunyi tersendiri seperti huruf-huruf lain.

Salah satu bunyi /c/ bunyi SAMA dengan bunyi huruf konsonan /k/. Misalnya; 
  • cattle (tenakan lembu)
  • kettle (cerek air / pot) 

Seterusnya, sekiranya huruf /c/ dituruti dengan huruf-huruf /e/, /i/, dan /y/ bunyi /c/ akan mengambil bunyi huruf /s/ pula dengan sebutan lembut, ssssss. Kita lihat contoh di bawah ;

CYCLE

Huruf /c/ yang pertama bunyi lembut,
Huruf /c/ yang kedua bunyi keras.


Sebutan bunyi huruf konsonan /c/ dalam bahasa Inggeris tidak sama dengan sebutan bunyi dalam bahasa Malaysia. Bunyi huruf /c/ dalam bahasa Malaysia adalah seperti bunyi /ch/ dalam bahasa Inggeris, (dari kumpulan konsonan "digraphs") yang akan anda belajar dalam sesi-sesi akan datang;
  • chant  (BI)      seperti bunyi c       cantik  (BM)
  • cheque  (BI)   seperti bunyi c        cek   (BM)
  • chop  (BI)       seperti bunyi c        cop  (BM)



1.  Terdapat banyak bahan serta gambar menarik yang boleh anda layari bersama anak anda di laman web seperti Animal Planets/ discovery sini.

- memperkenalkan lebih 50 jenis-jenis kucing yang terdapat dalam dunia, nama-nama, rupa bentuk, tabiat, tips memelihara dan sebagainya.
2.   Banyak artikel lain serta gambar menarik dapat anda google di bawah tajuk;
  • "pictures of cats"
  • "cats international competitions"
  • "cute cats'
  • dan lain-lain.
3.   "Cats have six, seven, nine lives". Kenapa?
4.   Personaliti terkenal seperti Garfield, Tom, Duchess, Berlioz, Marie, Toulouse, Bagheera, Milo, Rufus? Yang mana satu minat mereka?
5.   Sambil melayari laman web dan bersembang-sembang dengan anak anda, sentiasa minta mereka ulangi sebutan nama 'Cc' untuk "cat" dan bunyi huruf /c/ adalah (dua) seperti bunyi /k/,/k/,/k/ dan /s/,/s/, /s/.
6.   Anak di bawah umur 5-6tahun, minta teruskan dengan buku skrap "The sounds of the Alphabets" mereka, mengunting dan melekatkan gambar-gambar kucing kegemaran mereka di bawah tajuk /c/.






Dalam sesi-sesi pembelajaran PHONICS, pelbagaikan aktiviti bagi memudahkan mereka mengingati objek atau aktiviti yang berhubungkait dengan bunyi-bunyi huruf tersebut. Sentiasa ulangi 'Cc' untuk "cat".



1.  Apakah aksi-aksi istimewa yang dilakukan oleh kucing kesayangan anak anda?
2.  Mengajar anak cara betul menjaga kucing di rumah dari segi pemakanan dan kebersihan peliharaan kucing dan sebagainya.



Saya rasa anak anda sudah mula menunjukkan tindak balas positif, minat ingin terus belajar membaca dalam bahasa Inggeris? Jesteru itu anda sudah boleh mula membiasakan anak-anak bertutur dalam bahasa Inggeris dengan memperkenalkan perkataan yang mudah seperti;
  • This is an apple. Is that an apple too?
  • What is this? Is that a ball?
  • What is that? That is a cat!



Nota: 'a' di atas bunyi 'uh' dalam bahasa Inggeris seakan sebutan bahasa Malaysia dalam bunyi api. Terdapat beberapa bunyi /a/ yang lain yang akan dikupaskan dalam sesi lain yang akan datang.



Tips untuk ibubapa:
  • Sebelum memulakan tiap sesi pembelajaran, minta mainkan dulu lagu "The Phonics Song" yang terdapat dalam laman web GenkiEnglish.com, dan nyanyikan bersama anak anda.
  • Dibahagian kanan atas blog ini disediakan 'slideshow' yang memaparkan huruf serta objek-objek berkaitan. Gunakan untuk mengulang-kaji nama dan bunyi huruf-huruf yang anak anda sudah belajar dalam Bab 1 - "Phonics - Sounds of the Alphabets". 




THE HOT WORD /C/
Why does the single letter C represent so many different sounds, including the same sound as K?




Selamat mencuba

Thursday, September 16, 2010

PHONICS - /a/ SHORT VOWELS SOUND / BUNYI HURUF /a/

"PHONICS - SOUND OF THE ALPHABETS"


BAB 1 - BUNYI-BUNYI HURUF
1.1   Aa = APPLE (epal)



 http://genkienglish.net/phonics.htm 
(With thanks to Richard Graham)

APPLE (Epal)
Gambar sumbangan KakDina - Kunjungan ke Ladang epal Pine Crest - Australia



1.  Genki English.com
  http://genkienglish.net/phonics.htm
2.  English Meeting.com
http://www.youtube.com/watch?v=ClZmEFqMgWk&feature=channel 
3.  Aktiviti-aktiviti online Starfall.com 




1.   Yang mana satu buah epal?
2.   Warna? Suka yang mana?
3.   Dekat mana terdapat pokok epal?
4.   Pokok rupa macam mana? Bunga?
5.  Potong epal macam mana?

6.  Apa ini? Ibu pernah masak?




7.  Guna kreativiti untuk membuka soalan-soalan bagi mendapat jawapan dan pandangan anak anda.
8.  Layari laman web dan bincang bersama mereka gambar-gambar berkaitan EPAL.
9.   "An apple a day keeps the doctors away?" Apa ini?
10. "Adams Apple" Apa pula ini, tak boleh makan eh!
11. Cerita mengenai sejarah Adam dan Eve? 



Sambil menjalankan aktiviti di atas, sentiasa minta anak anda sebut berulang kali nama huruf Aa = Aa, Aa, Aa...ingat EPAL dan bunyi  /a/, /a/, /a/.




Bagi anak yang di bawah umur 5tahun, sediakan satu buku skrap bertajuk "THE SOUNDS OF THE ALPHABETS", gunting gambar-gambar berkaitan dan lekatkan di bawah tajuk /a/.

                   
   

1.  Hari ini ibu nak kepasar beli buah epal? Bawa anak ikut sama dan biarlah dia yang memilih buah-buah epal itu. Berapa harga?
2.  Pulang nanti singgah kedai kek dulu, belikan pie epal? OK tak?
3.  Ajar anak cara membasuh dengan betul, cara buang kulit dan cara memotong. Biji? Isi?
4.  Yang menyeronokkan bila anda mengajar anak memproses jus epal. Biarlah mereka yang sendiri sediakan jus ini dan selesai nanti, sambil belajar minum bersama dia. Bila Ayah pulang nanti, tak sabar anak nak sediakan jus epal untuk ayah, nak tunjuk bakat barunya.



Huruf /a/ agak sukar untuk diajar kerana jauh beza dengan bunyi 'a' dalam bahasa Malaysia. Misalnya;



 Mengadakan aktiviti-aktiviti pengukuhan seperti di atas (sebenarnya kegiatan harian anda) dari pengalaman saya, semua kanak-kanak dengan hanya mengikuti satu sesi ini sahaja, akan dapat menguasai sebutan bunyi huruf /a/ dengan fasih dan tepat sekali. 






Selamat mencuba.

Tuesday, September 14, 2010

PHONICS - VOKAL DAN KONSONAN

Memahami Vokal & Konsonan.

Terdapat 26 huruf dalam abjad, jadual berikut adalah konsonan dan vokal dalam bahasa Inggeris;


Tugas vokal (vowels) sangat penting kerana huruf-huruf vokal diperlukan bagi menyambung huruf atau rangkaian huruf-huruf dari kumpulan konsonan (consonants) untuk dijadikan satu perkataan.


Aktiviti dibawah ini dapat mengejapkan pemahaman anak anda akan fungsi huruf-huruf vokal sebagai huruf penyambung;
1.   Minta anak mengeja perkataan Sekolah.
2.   Buang huruf vokal 'e', 'o' dan 'a'  =  Sklh
3.   Cuba minta anak anda sebut kuat-kuat Sklh!
       (hati-hati, mungkin ada yang tergigit lidah!)
4.   Pilih perkataan lain dan teruskan aktiviti ini. 


Jangan lupa, minta anak mengeja namanya sendiri kemudian keluarkan huruf-huruf vokal dari ejaan itu! Memang seronok dan riang sekali sesi ini dan pasti anak anda tidak akan merasa bosan belajar bersama anda.


Dalam bahasa Inggeris terdapat sedikit perkataan sahaja yang tidak mengandungi vokal seperti; "pwn" (terma internet), "nth" (penghujung angka) dan sejenis alat "crwth" yang disebut "cruth".

Dalam Bahasa Malaysia bagaimana pula?


PHONICS - PERANAN KONSONAN & VOKAL

Terdapat 26 huruf dalam abjad tetapi bayangkan, 44 jenis bunyian berhubungkait dengan huruf-huruf tersebut;
 
21 huruf konsonan    - 24 jenis bunyi
5 + (2) huruf vokal  - 20 jenis bunyi


Yang (2) diatas adalah huruf konsonan 'y' dan huruf konsonan 'w'. Kadang-kadang berlagak seperti vokal, menumpang pakai bunyi atau mengambil peranan sebagai huruf-huruf vocal 'a', 'e', 'i', 'o' dan 'u'. Misalnya;


1.   Fly - mengguna sebutan nama huruf vokal 'i'
2.   Mummy - mengguna sebutan nama huruf vokal 'e'
3.   Slow - mengikut peranan vokal
4.   Throw - mengikut peranan vokal

Kenapa terdapat 44 jenis bunyi?


PHONICS akan memperkenalkan satu demi satu bunyi-bunyian tersebut secara tersusun dan sistematik. Ini akan membantu anak anda belajar membaca, mengeja dan bertutur dalam bahasa Inggeris dengan mudah dan menyeronokkan.


PHONICS - A hingga Z

NAMA-NAMA HURUF DALAM ABJAD




Mengenal dan menguasai sebutan NAMA, bentuk serta mahir menulis huruf Aa hingga Zz adalah amat penting bagi proses memulakan dan mempercepatkan pembelajaran membaca melalui kaedah PHONICS.


Terdapat dari kalangan kanak-kanak yang keliru dan sukar untuk membezakan antara huruf-huruf 'b - d',   'p - q', 'm - n', 'f - t' dan sebagainya, ini semua dapat diatasi dalam program dan aktiviti semasa belajar mengguna kaedah Phonics nanti.



Banyak bahan-bahan rujukan yang mudah dilayari online dan percuma, bentuk aktiviti bersesuaian mengikut umur serta minat anak anda yang akan dapat membantu. Pastikan aktiviti yang dipilih adalah bagi tujuan anak anda belajar mengenali nama dan sebutan huruf dalam abjad sahaja dulu (bukan aktiviti rangkaian lagu-lagu ABC Phonics).  Sila layari laman-laman seperti contoh dibawah;


1.   British Council - Learn English Kids
      http://learnenglishkids.britishcouncil.org/songs/the-alphabet-song

2.   LanguageGuide.org - untuk mendapat sebutan yang jelas.
      http://www.languageguide.org/im/alpha/eng/

3.   FunFonix.com - Buku-buku latihan menulis dan aktiviti
      http://www.funfonix.com/abc/ 
4.   KidsTV123
      http://www.kidstv123.com/

5.    dan banyak lagi, mengikut citarasa anak anda.



Pengalaman saya dapati kanak-kanak lebih mudah belajar membaca melalui kaedah Phonics setelah mereka fasih menguasai dan memahami semua sebutan NAMA huruf-huruf dalam abjad terlebih dahulu. Dari sini seterusnya, baru kita perkenalkan pula BUNYI yang berhubungkait dengan huruf-huruf tersebut.



Selamat mencuba.


Posting akan datang:
NAMA huruf ini adalah Aa.
Apa agaknya BUNYI huruf Aa ini?




Friday, September 10, 2010

PHONIC - MENGENAL BUNYI

APA ITU PHONICS?

Phonics adalah satu kaedah pembelajaran membaca asas bahasa Inggeris yang menggunakan sistem bunyi-bunyian; hubungan antara bunyi dengan huruf dicantum untuk menjadi satu perkataan. Pengenalan sistem bunyi ini dilakukan secara berstruktur dan sistematik berupaya memantapkan penguasaan asas membaca bahasa Inggeris.


Aktiviti Pemahaman - Mengenal Bunyi-Bunyian

Saya ingin berkongsi satu aktiviti (permainan) yang dapat anda lakukan bersama anak anda bagi memberi sedikit gambaran dan mengukuhkan pemahaman bahawa setiap bunyi di sekeliling kita berhubungkait (associated with) dengan objek atau kejadian tertentu. Misalnya;


Apa NAMA gambar-gambar dibawah dan apakah jenis BUNYI yang berhubungkait dengan mereka?. Bagi ibubapa yang kurang mahir dalam bahasa Inggeris, jangan bimbang. Terdapat banyak bahan rujukan dalam laman-laman web yang dapat membantu anda dan anak anda contoh seperti;


http://www.languageguide.org/english/

fun fonixs.com cliparts


1.  Minta anak anda tutup mata buat seketika waktu dan fokus dengan bunyi-bunyian yang sedang mereka dengar disekeliling diri mereka.

2.  Seterusnya, minta anak buka mata dan minta mereka ceritakan tiap bunyian yang mereka baru dengar. Jawapan di bawah mungkin jawapan yang akan mereka beri;

   a.   Adik dan kakak sedang gelak ketawa dihadapan television
  b.   Ibu sedang menumis bawang di dapur
  c.   Bunyi kipas angin/penghawa dingin
  d.   Bunyi hon kereta Pak Abu di luar rumah
  e.   Ayam jantan sedang berkokok
  f.   Dengar burung menyanyi di atas pokok jambu
  g.  Tompok, kucing kesayangan sedang mengiau, lapar mungkin
  h.  Gelap di luar nak hujan, kedengaran bunyi guruh kuat
  i.   lain-lain


Tanpa melihat atau berada dekat dengan bunyi-bunyi yang mereka telah dengar, anak anda yakin bunyi-bunyian di atas datangnya dari siapa dan dari mana. Bunyi-bunyi tersebut mereka sudah dapat mengecam (identify) sejak kecil lagi dan dan objek-objek yang berhubungkait dengan bunyi-bunyian tersebut.


3.  Kembangkan perbincangan mengenai bunyi-bunyi yang mereka telah huraikan di atas, misalnya;

  a.  "Apa betul ke kucing sedang mengiau, bukan menyalak?,
      Agaknya macam mana bunyi kucing bergaduh, bermanja?"
  b.  "Kereta Pak Abu atau kereta Cik Minah tadi tu?"
  c.  "Kenapa ayam berkokok, ayam betina bunyi macam mana?"
  d.  "Guruh berbunyi? dari mana dan kenapa?"
  e.   dan bermacam soalan lain yang anda dapat fikirkan seterusnya.


Aktiviti begini agak lucu dan menyeronokan, dapat mengerak minda serta imaginasi anak anda. Kanak-kanak gemar berjenaka, berbalah dan bermain teka-teki sambil belajar. Lebih-lebih lagi sekiranya aktiviti ini dilakukan bersama keluarga mereka.


Aktiviti ini boleh dilakukan dimana saja, sambil membeli belah, memasak, bersukan, dipadang permainan atau semasa berkelah dan sebagainya. Sila layari laman-laman web bagi membantu anda mempelbagaikan aktiviti diatas contoh seperti ; 


Mereka faham asal tiap bunyi datang dari satu sumber/objek. Sekarang anda terangkan kepada anak anda bahawa tiap huruf juga mempunyai nama masing-masing dan juga akan mengeluarkan bunyi masing-masing.

Nama huruf ini adalah "Aa"
Apakah agaknya bunyi huruf "Aa"?


Selamat mencuba.