Monday, December 27, 2010

VOWEL SOUNDS: /y/ AS ē AND ī / BUNYI VOKAL: HURUF /y/ BUNYI ē DAN ī

PART 4yA : VOWEL SOUNDS: /y/ AS  ē AND  ī
BAB 4yA :  BUNYI VOKAL - HURUF /y/ BUNYI  ē DAN  ī


Dalam sesi pembelajaran bab 1 bahagian ‘sounds of the alphabet’, anak anda sudah dapat menguasai bunyi huruf konsonan /y/ yang dihubungkait dengan bunyi sebutan seperti dalam perkataan ‘yellow’.  Kanak-kanak pasti juga selesa dengan objek yoyo?  Bunyi y, y, y, y, yoyo!


Walaubagaimanapun /y/ akan menukar bunyi apabila berada di belakang perkataan dan mengambil bunyi panjang huruf vokal ī dan ē!



1.           y sound of long ī / y bunyi panjang ī 
Kebiasaannya huruf /y/ yang berada di belakang perkataan akan mengguna bunyi vokal ī sekiranya perkataan tersebut mempunyai hanya satu suku kata seperti contoh di bawah ini;

by    cry    dry     fly     fry
my   ply     pry     shy    sky
sly   spry   spy     try    why


2.         y sound of long ē / y bunyi panjang ē
Kebiasaannya huruf /y/ yang berada di belakang perkataan akan mengguna bunyi vokal ē, sekiranya perkataan tersebut mempunyai dua atau lebih suku kata, misalnya;

belly      body        buggy    chilly     copy        dizzy    dolly      ferry       jelly         penny     sticky      ugly     windy     mummy    daddy 


3.           Dalam topic kumpulan bunyi gandingan dua vokal (day, key) dan diftong (boy) yang akan datang,  sifat-sifat serta peranan huruf konsonan /y/ yang lain akan diperkenalkan.




Bahan bacaan mengenai topic ini juga dapat di baca secara online atau dimuat turun dengan percuma dari laman web progressivephonics.com dan sebagainya. Baca berulang kali bagi mengejapkan pemahaman anak anda.


Untuk latihan pemahaman, sila klik di bahagian kanan blog ini dan layari laman-laman web yang menyediakan bahan-bahan latihan dengan begitu menarik.


PS: kepada peminat-peminat seni lukisan, saya ingin berkongsi disini laman web Loish.net seorang pelukis muda dari Belanda dengan gaya lukisan begitu unik;




Selamat membaca.


No comments:

Post a Comment