Thursday, September 2, 2010

PHONICS- APA ITU PHONICS



PHONICS ADALAH SATU KAEDAH PEMBELAJARAN MEMBACA ASAS BAHASA INGGERIS DENGAN MUDAH, CEPAT, TERSUSUN DAN SISTEMATIC. Dalam tempuh masa 60jam sahaja, 30minit sehari bersama anda, anak anda akan dapat membaca “Asas Bahasa Inggeris” dengan yakin, cekap dan membanggakan.

Tidak banyak beza dengan cara kita belajar membaca Bahasa Malaysia… MENGEJA…. dan mencantum sukukata untuk dijadikan satu perkataan, contoh;

BAHASA MALAYSIA

BA+CA    =   BACA,
BE+SI   =   BESI,
BI+JI   =   BIJI,
BO+LA   =   BOLA,
BU+KU   =   BUKU


BAHASA INGGERIS

C+AT   =   CAT,
P+EN   =   PEN,
B+IG   =   BIG,
P+OT   =   POT,
S+UN   =   SUN,

Ya, begitu mudah dan yang unik sekali, ibubapa tidak semestinya seorang Professor Linguistic yang bertauliah, mempunyai kedoktoran dalam bidang Bahasa Inggeris atau bekerja sebagai guru dalam bidang bahasa untuk mengajar anak-anak dirumah mahir membaca dalam Bahasa Inggeris.

Asalkan diri kita sendiri boleh membaca dalam Bahasa Malaysia, bersifat terbuka, sabar dan memberi segala motivasi dan galakkan kepada anak, (termasuk kasih sayang) kita dengan sendirinya dapat mengajar anak-anak dirumah. 

Kepada mereka yang kurang mahir dalam Bahasa Inggeris, tidak menjadi masaalah… boleh mengajar dan belajar bersama anak-anak dan jadikan ini sebagai salah satu aktiviti harian dirumah.

Saya telah mengikuti dan mendalami perkembangan kaedah Phonics sejak tahun 1995. Sistem Phonics telah lama diperkenalkan diTabika dan Pusat pendidikan swasta diNegara ini. Yuran kebiasaannya tinggi dan luar dari kemampuan sebilangan masyarakat kita. Kanak-kanak dari luar bandar cerdik tetapi tidak berpeluang belajar Bahasa ini dengan mudah. Atas kesedaran ini, saya ingin berkongsi pengalaman saya bagaimana kita sendiri dapat membantu anak mahir membaca Bahasa Inggeris dari rumah.

Sejak 3tahun kebelakangan ini, sudah terdapat banyak bahan rujukan yang menarik secara percuma dari kemudahan Internet. Semua ini boleh membantu kita semasa mengajar anak dirumah. Bukan saja mereka akan mahir dalam Bahasa ini, mereka juga akan dapat pendedahan cara mengguna alat Komputer dengan berkesan.

DiNegara Barat termasuk Singapura, Japan dan Hongkong kaedah ini sudah mula diperkenalkan dalam kurikulum Bahasa Inggeris disekolah mereka. Kalau kita perhatikan Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Inggeris Kementerian Pendidikan Malaysia bagi Tahun 1 hingga Tingkatan 5, ciri-ciri penyampaian kaedah Phonics pun memang ujud. (Bhgn 5.2 klik sini)

Cara penyampaian sangat penting kerana bukan sahaja kita ingin melihat anak-anak akhirnya mahir membaca, menulis, mengeja dan bertutur dalam Bahasa ini tetapi agar dengan tersendiri mereka dapat membentuk “budaya suka membaca” . Ini akan membantu mengembangkan lagi “vocabulary” serta pengetahuan mereka dalam Bahasa ini.

“Learning to Read, Reading to learn”

Belajar untuk Membaca, Membaca untuk Belajar.

No comments:

Post a Comment