Wednesday, September 8, 2010

PHONICS - MENARIK MINAT SUKA BELAJAR



Phonics - Menarik minat anak-anak suka belajar membaca Bahasa Inggeris - 2

Terdapat banyak aktiviti yang boleh dilakukan bersama anak-anak anda yang dapat menarik minat mereka untuk belajar.. Penggunaan kaedah dan teknik yang pelbagai, ajak mereka terlibat secara aktif dan bergiat sepanjang sesi pembelajaran supaya mereka tidak merasa jemu dan bosan.

Kajian menunjukkan memberi peluang kepada kanak-kanak menggunakan kemudahan alat deria untuk membuat pengamatan dan penanggapan adalah sangat berkesan. Pelbagaikan aktiviti penglihatan, pendengaran, aktiviti rasa, bau dan sediakan bahan-bahan pembelajaran berdasarkan sentuhan.

Galakkan anak mempelajari sesuatu  melalui pengalaman, pemerhatian dan percubaan. Anak anda akan merasa seronok menjalankan ujikaji aktiviti yang dilakukan dalam situasi sebenar dan bermakna.

Melalui penerokaan, kanak-kanak mengembangkan kemahiran seperti membuat pencerapan, mengelas dan membina soalan. Oleh itu, interaksi mereka dengan alam sekitar membantu mereka dalam membina kefahaman disamping membentuk sikap dan minat seperti keinginan ingin tahu.

Kebiasaanya kita ingat;

10% apa yang dibaca
20% apa yang didengar
50% apa yang didengar dan dilihat
70% apa yang dicakapkan
90% setelah dipraktikkan.

Sebagai ibubapa, anda adalah insan terdekat yang lebih memahami dan mengenali anak anda. Oleh itu anda perlu merangka persekitaran pembelajaran dan memahami tahap kebolehan anak anda supaya ia bersesuaian dengan topic dan aktiviti yang akan diperkenalkan kepada anak anda. Pilih bahan-bahan sesuai dengan minat, pengetahuan dan keupayaan anak anda.

Salam Sejahtera

No comments:

Post a Comment