Tuesday, September 14, 2010

PHONICS - VOKAL DAN KONSONAN

Memahami Vokal & Konsonan.

Terdapat 26 huruf dalam abjad, jadual berikut adalah konsonan dan vokal dalam bahasa Inggeris;


Tugas vokal (vowels) sangat penting kerana huruf-huruf vokal diperlukan bagi menyambung huruf atau rangkaian huruf-huruf dari kumpulan konsonan (consonants) untuk dijadikan satu perkataan.


Aktiviti dibawah ini dapat mengejapkan pemahaman anak anda akan fungsi huruf-huruf vokal sebagai huruf penyambung;
1.   Minta anak mengeja perkataan Sekolah.
2.   Buang huruf vokal 'e', 'o' dan 'a'  =  Sklh
3.   Cuba minta anak anda sebut kuat-kuat Sklh!
       (hati-hati, mungkin ada yang tergigit lidah!)
4.   Pilih perkataan lain dan teruskan aktiviti ini. 


Jangan lupa, minta anak mengeja namanya sendiri kemudian keluarkan huruf-huruf vokal dari ejaan itu! Memang seronok dan riang sekali sesi ini dan pasti anak anda tidak akan merasa bosan belajar bersama anda.


Dalam bahasa Inggeris terdapat sedikit perkataan sahaja yang tidak mengandungi vokal seperti; "pwn" (terma internet), "nth" (penghujung angka) dan sejenis alat "crwth" yang disebut "cruth".

Dalam Bahasa Malaysia bagaimana pula?


PHONICS - PERANAN KONSONAN & VOKAL

Terdapat 26 huruf dalam abjad tetapi bayangkan, 44 jenis bunyian berhubungkait dengan huruf-huruf tersebut;
 
21 huruf konsonan    - 24 jenis bunyi
5 + (2) huruf vokal  - 20 jenis bunyi


Yang (2) diatas adalah huruf konsonan 'y' dan huruf konsonan 'w'. Kadang-kadang berlagak seperti vokal, menumpang pakai bunyi atau mengambil peranan sebagai huruf-huruf vocal 'a', 'e', 'i', 'o' dan 'u'. Misalnya;


1.   Fly - mengguna sebutan nama huruf vokal 'i'
2.   Mummy - mengguna sebutan nama huruf vokal 'e'
3.   Slow - mengikut peranan vokal
4.   Throw - mengikut peranan vokal

Kenapa terdapat 44 jenis bunyi?


PHONICS akan memperkenalkan satu demi satu bunyi-bunyian tersebut secara tersusun dan sistematik. Ini akan membantu anak anda belajar membaca, mengeja dan bertutur dalam bahasa Inggeris dengan mudah dan menyeronokkan.


No comments:

Post a Comment

Post a Comment