NAMA-NAMA HURUF DALAM ABJAD

Terdapat dari kalangan kanak-kanak yang keliru dan sukar untuk membezakan antara huruf-huruf 'b - d', 'p - q', 'm - n', 'f - t' dan sebagainya, ini semua dapat diatasi dalam program dan aktiviti semasa belajar mengguna kaedah Phonics nanti.
Banyak bahan-bahan rujukan yang mudah dilayari online dan percuma, bentuk aktiviti bersesuaian mengikut umur serta minat anak anda yang akan dapat membantu. Pastikan aktiviti yang dipilih adalah bagi tujuan anak anda belajar mengenali nama dan sebutan huruf dalam abjad sahaja dulu (bukan aktiviti rangkaian lagu-lagu ABC Phonics). Sila layari laman-laman seperti contoh dibawah;
1. British Council - Learn English Kids
http://learnenglishkids.britishcouncil.org/songs/the-alphabet-song
2. LanguageGuide.org - untuk mendapat sebutan yang jelas.
http://www.languageguide.org/im/alpha/eng/
3. FunFonix.com - Buku-buku latihan menulis dan aktiviti
http://www.funfonix.com/abc/
4. KidsTV123
http://www.kidstv123.com/
5. dan banyak lagi, mengikut citarasa anak anda.
Pengalaman saya dapati kanak-kanak lebih mudah belajar membaca melalui kaedah Phonics setelah mereka fasih menguasai dan memahami semua sebutan NAMA huruf-huruf dalam abjad terlebih dahulu. Dari sini seterusnya, baru kita perkenalkan pula BUNYI yang berhubungkait dengan huruf-huruf tersebut.
Selamat mencuba.
Posting akan datang:
NAMA huruf ini adalah Aa.
Apa agaknya BUNYI huruf Aa ini?
No comments:
Post a Comment