Thursday, February 24, 2011

Long Sound Oo - oa, oe, ou & ow / Two Vowels Team (Wordlists) - Vokal berganding / Digraf Vokal


PART 5E:  Long Sound Oo - oa, oe, ou & ow / Two Vowels Team (Wordlists).
BAB 5E  :  Bunyi panjang Oo - oa, oe, ou & ow / Vokal berganding / Digraf Vokal

 

Dengan menguasai  peraturan Two Vowels Team, anak anda akan dapat mengeja dan membunyi dengan fasih  beratus-ratus perkataan baru. Pastikan anak anda mencari erti bagi tiap perkataan yang mereka belajar dengan mengguna kamus.

 

 

Gandingan vokal oa two vowels team  juga mempunyai sifat yang sama seperti vokal gandingan two vowels team yang lain. Vokal /o/ akan mengguna bunyi panjang (long sound ō) dan vokal a tidak berbunyi.

 

 

Kanak-kanak sangat gemar dengan binatang. Pasti ramai mereka dari kota belum pernah melihat dangan mata sendiri mahupun menyentuh seekor kambing kan?

 

Beri mereka peluang mengenali kambing (GOAT) dan cuba hubungkaitkan dengan sebutan bunyi 'oa'; akan terpahat dalam ingatan sampai bila-bila. Lihat bagaimana Noah begitu terpegun buat kali pertama dapat melihat seekor kambing (goat). Gambar ini diambil di tepi Sungai Kinabatangan, Sabah, Malaysia.



goats

bloat, boast, boat, cloak, coach,
coal, cocoa, coast, coat, coax, croak,
float, foal, foam, goal, goat, groan,
hoax, load, loaf, loan, moan, oak,
oat, oath, poach, road, roam, roast,
soak, soap, toad, throat, toast


Sementara itu kita lihat sifat gandingan vokal ow juga. Huruf /w/ adalah dari kumpulan konsonan tetapi adakalanya akan mengambil sifat huruf vokal. Dalam gandingan vokal  two vowels  team ow, huruf /w/ akan bertindak sama seperti vokal lain, ianya tidak berbunyi.

 

Jesteru itu, gandingan kumpulan vokal oa dan ow akan mengeluarkan bunyi  yang sama - vokal pertama akan mengguna vokal panjang ō (sebutan nama huruf ) dan vokal kedua tidak berbunyi.

crow

arrow, below, bow, bowl, crow, elbow,
flow, follow, glow, grow, hollow, know
 low, mow, owe, own, pillow, rainbow,
row, show, shallow, slow, sparrow, sow,
snow, stow, swallow, throw, tow, widow
window, yellow


Bagaimana pula sekiranya huruf o berganding dengan huruf /e/ dan huruf /u/? Mengikut garis panduan two vowels team, gandingan ini  juga akan menghasil bunyi panjang ō dan vokal  seterusnya tidak berbunyi. Kita lihat contoh-contoh seperti di bawah;


doe, goes, hoed, Joe, roe, toes, soul


Seperti biasa, akan terdapat gandingan vokal di atas yang tidak mengikut peraturan two vowels team.  Terutama gandingan huruf vokal ou yang mengguna 8jenis bunyi yang berlainan. Ini semua akan kita belajar dalam sesi-sesi akan datang di bawah tajuk “beyond phonics”.


Dalam kumpulan homofons, kita akan bertemu perkataan-perkataan yang mengeluarkan bunyi sama tetapi ejaan berbeza. Ayuh kita tinjau beberapa perkatan seperti dibawah;


dough (ulian tepung)          doe (rusa betina)

lone (sendirian)                    loan (pinjaman)

rode (menunggang)            road (jalan)

roe (kijang jantan)               row (mendayung)

sore (sakit akibat luka)        soar (terbang tinggi)

sole (tapak kaki)                  soul (jiwa/nyawa)

toe (jari kaki)                         tow (menunda)


Untuk mendapatkan bahan bacaan serta latihan mengenai gabungan vokal-vokal di atas dari laman-laman web yang menarik,  sila klik di bahagian kanan blog ini. Hanya dengan banyak membaca anak anda akan dapat membeza bunyi-bunyi long sound o dengan tepat dan betul.


Renungan bersama:

Satu tayangan gambar yang sangat popular “The Sounds of Music” dengan lagu terkenal  “Do Re Mi” yang mengguna perkataan-perkataan bahasa Inggeris yang baru saja kita belajar  sini.

Selamat membaca

Saturday, February 19, 2011

Long Sound Ee : ei & ie Rules / Two Vowels Team (SLIDES) - Vokal berganding / Digraf Vokal


PART 5D: Long Sound Ee: ei & ie Rules / Two Vowels Team (SLIDES). 
BAB 5D  :  Bunyi Panjang Ee: ei & ie / Vokal berganding / Digraf Vokal
 
1.    Two Vowels Team

Gandingan vokal ei & ie mempunyai sifat yang sama seperti gandingan vokal yang lain ia-itu, vokal pertama mengguna bunyi panjang (nama huruf), dan vokal kedua tidak berbunyi.



2.   Basic ei & ie spelling rule
    Peraturan asas mengeja gandingan vokal ei & ie

Gandingan kumpulan vokal ie mengikut peraturan two vowels team menghasilkan bunyi panjang i. Tetapi bila kita perhatikan perkataan-perkataan seperti seize dan sieve, kedua-dua perkataan ini mengguna bunyi panjang e!  Apakah cara untuk kita mengenalpasti kumpulan vokal manakah yang perlu dipadankan bagi sesuatu perkataan?


Disini saya sertakan satu garis panduan asas mengeja gandingan vokal ei & ie bagi memudahkan anda mengeja dengan lebih pantas:-

Use i before e
Except when the two vowels follow c
and have a long e sound.


Secara ringkas, apa yang dimaksudkan ialah:-  

Guna i sebelum e
untuk menghasilkan bunyi panjang e,
kecuali sekiranya huruf c mendahului
gabungan dua huruf vokal ini.


Gabungan vokal ei yang dituruti konsonan dan   digraph yang berbunyi desis (hissing sound) seperti huruf z dan digraf th, juga menghasilkan bunyi panjang e bila bercantum.

Kita adakan latihan mengguna slides agar anda dapat memahami dengan lebih jelas mengenai bunyi-bunyi hasil gabungan ei & ie diatas.


Long sounds - ei & ie slides



 Apakah cara yang dapat mengejapkan pemahaman anak anda mengenai peraturan-peraturan yang diberi diatas? Adakan aktiviti kuiz..teka meneka dengan mereka. Peraturan ini begitu mudah untuk diserapkan dan masaalah ei & ie tidak akan timbul lagi apabila mereka benar-benar faham dengan peraturan yang disediakan oleh Phonics.

Seperti gabungan dua vokal yang lain,  MASIH akan terdapat pengecualian dengan adanya beberapa lagi bunyi lain hasil gabungan ei & ie. Sekarang cuba sebut perkataan;

eight, vein dan heir

Sebut beberapa kali - bunyi lain lagi! Kita akan huraikan bunyi-bunyi yang lain ini dalam sesi-sesi yang akan datang.


Selamat membaca.

Tuesday, February 8, 2011

Sound of ee / Two Vowels Team (SLIDES) - Bunyi ee / Vokal berganding / Digraf Vokal


BAB 5C  :  Bunyi ee / Vokal berganding / Digraf Vokal


Bunyi gandingan Two Vowels Team ee mengikut garis panduan phonics (Phonics rules) juga menghasilkan bunyi sama seperti bunyi ea Two Vowels Team; vokal pertama mengguna bunyi panjang (long sound e) iaitu bunyi sebutan nama huruf /e/ dan huruf vokal yang kedua tidak berbunyi.


Long sound ee - Two Vowel Teams slides
Bunyi panjang ee - gandingan Vokal ee









 
Latihan Tambahan mengguna ee Two Vowels Team;

Agree    bleed     breed     cheek     creep
Fleet     geese     greed     green     greet
Queen    sheep     sheet     sleep     speed     steel     steep     sweep     sweet     teeth

Beetle    breeze    cheeky    cheese    coffee
Freeze    needle    screen    settee     sleeve
Sneeze    speech    street    toffee    wheeze

Between    canteen    fifteen    succeed


Perkataan-perkataan yang mempunyai bunyi sama tetapi ejaan serta erti yang tidak serupa dinamakan Homophones/ homofons. Homofons datangnya dari bahasa Greek iaitu homo (sama) dan phone (suara). Kita lihat beberapa contoh yang melibatkan bunyi panjang e (long sound e) Two Vowels Team ea dan ee seperti di bawah:-

ea Vowels Team       ee Vowels Team

beat (pukul)              beet (sejenis ubi)

feat (pencapaian)        feet (kaki)

heal (sembuh)            heel (tumit)

leak (bocor)              leek (bawang perai)

meat (daging)            meet (jumpa)

peak (puncak)            peek (mengintai)

read (baca)              reed (sejenis buluh)

sea (laut)                see (lihat)

seam (jahitan)           seem (seolah-olah)

tea (teh)                tee (tempat letak bola golf)

team (pasukan)          teem (banyak/penuh)

weak (lemah)             week (minggu)



Agak mengelirukan tetapi unik ya? Pada penghujung sesi ini, adakan latihan mengeja dan mencari erti perkataan dengan mengguna KAMUS supaya lekat dalam ingatan. Adakan aktiviti teka-teki dan permainan carian kata dan juga scrabbles/ shahiba, ini sangat diminati kanak-kanak. Sambil bermain sambil belajar!


Dengan banyak membaca mereka juga mudah akan mengenal vokal yang sepatutnya diguna dalam sesuatu perkataan. Latihan-latihan berkaitan Two Vowels Team ee boleh anda dapat dari laman-laman web Phonics seperti yang dibekalkan di bahagian kanan blog ini.


Selamat membaca.