Part 7C – Schwa
Bab 7C – Bunyi Schwa
SCHWA (Ə)
Selain bunyi-bunyi pendek (short sounds) dan bunyi-bunyi panjang (long sounds), huruf-huruf vokal tunggal mempunyai bunyi ketiga iaitu bunyi schwa, dilambangkan oleh huruf vokal e terbalik.
Kita boleh lihat perbezaan antara ketiga jenis bunyi-bunyi vokal tunggal ini seperti contoh di bawah;
Vokal/ Bunyi Bunyi Bunyi
huruf Pendek Panjang Schwa/contoh
huruf Pendek Panjang Schwa/contoh
a “ăpple” “āpe” “ə” - stomach
e “ĕlephant” “ēve “ə” - dozen
i “ĭnk” “f īve “ə”- cousin
o “ŏrange” “rōpe “ə” - condition
u “ŭmbrella” “cūte “ə” - campus
y ē atau ī “ə” - syringe.
Perkataan schwa berasal dari perkataan Hebrew shva yang bermaksud kekosongan atau vokal tidak bunyi.
Bunyi schwa (ə) bunyi seperti vokal pendek ŭ tetapi ianya dilafazkan dengan nada tekanan lebih lembut yang meluncur dengan pantas. Bunyi vokal pendek ŭ sentiasa mempunyai tekanan yang kuat (ŭ - stressed) tetapi schwa (ə) sentiasa mempunyai tekanan yang lemah (ə - unstressed).
Tekanan (stress) merupakan ciri lemah atau kerasnya suara penyebutan sesuatu suku kata. Biasanya berlaku pada suku kata dalam perkataan. Dalam bahasa Inggeris apabila dipakai tekanan pada suku kata ia akan menghasilkan bunyi vokal yang berbeza.
Bunyi schwa boleh diwakili oleh mana-mana vokal, a, e, i, o, u termasuk huruf y - semua vokal boleh digunakan untuk mengeja bunyi schwa. Jesteru itu bunyi schwa boleh membuat sesuatu perkataan sukar untuk dieja kerana tidak begitu jelas vokal yang mana satu yang membuat bunyi schwa tersebut, misalnya;
a e i o u
alike bitten cabin apron campus
along dozen cousin bottom circus
aloud oven habit carrot focus
oral parcel pupil lemon locus
away sudden solid reason fretful
vocal taken rabbit seldom sinful
Sebilangan pendidik sistem Phonics berpendapat bahawa bunyi schwa perlu diajar dalam bahagian “Advance” kerana bunyi ini boleh mengelirukan.
Apa pun, bunyi schwa penting kerana adalah satu bunyi yang paling kerap diguna dalam sebutan perkataan-perkataan harian bahasa Inggeris. Cuba sebut London, son dan Love? Bunyi disebut Lŭndən, sən dan Ləv ya!
Kalau anda perhatikan, schwa ini seakan bunyi huruf vokal /e/ yang selalu diguna dalam sebutan perkataan-perkataan bahasa Malaysia seperti sebab, lembut, perut dan lain-lain.
RENUNGAN: Vokal /e/ dalam bahasa Malaysia
Kita sedia maalum dalam bahasa Malaysia juga pembunyian huruf /e/ boleh mengelirukan para pengguna. Umpamanya perkataan S.. .E.. .M...A.. .K, sukar bagi kita hendak membunyikannya jika perkataan tersebut tidak disertakan dalam frasa atau ayat; S...E...M...A...K sebagai semak (e pepet) atau semak (e taling)?
Sama juga seperti bunyi perkataan perang, sepak dan sebagainya. Kedua-dua bunyi yang berbeza ini ditentukan oleh kehadiran huruf vokal e pepet dan e taling dalam perkataan itu.
Sama juga seperti bunyi perkataan perang, sepak dan sebagainya. Kedua-dua bunyi yang berbeza ini ditentukan oleh kehadiran huruf vokal e pepet dan e taling dalam perkataan itu.
Apakah langkah yang perlu diambil supaya anak kita tidak keliru dengan bunyi-bunyi sebutan? - Pelbagaikan aktiviti untuk memperkenalkan perkataan-perkataan baru yang mengguna bunyi schwa;
dengan mengadakan latihan menyebut perkataan-perkataan ini dengan cara latih tubi.
pembetulan kesilapan- dilakukan secara berperingkat-peringkat atau teguran spontan bila perlu diberi.
mengadakan perbincangan dalam bahasa Inggeris yang betul.
aktiviti mencari makna kata berdasarkan kamus dapat mengaitkan makna sesuatu kata dalam konteks yang berbeza.
adakan latihan bercerita dalam bahasa Inggeris sebagai asas pendedahan bahasa; menayangkan filem, video atau rakaman perbualan, cerita, lagu dan seumpamanya.
Selamat mencuba.
Satu usaha murni, anak saya dah letak kat Favarites Bar. Didoakan segala kebaikan kepada anda, harap dapat dteruskan, kalau boleh cuba gunakan suara orang tempatan.
ReplyDeleteanon 4:18
ReplyDeleteUntuk masa ini terpaksa meminjam suara2 dari Puan Rachel- Rachel English, Richard Graham - Genki English, Hugosites, Dave Sconda, dan lain2 kerana tidak terdapat bahan2 rujukan tempatan.
Puan Rachel serta Mr Graham, Sconda dan Hugosites dgn murah hati telah memberi izin bagi mengguna video demonstrasi mereka dan juga Mr Graham bila2 masa bersedia membantu
- READING IS REALLY FUN FOR THE KIDS.
Salam
Insyallah, dari sini dengan harapan, akan dapat menyediakan video 'ala tempatan' agak dapat memeriahkan lagi pembelajaran asas membaca bahasa inggeris - Phonics.