Monday, December 27, 2010

INTRODUCTION TO LONG VOWEL SOUNDS / PENGENALAN BUNYI-BUNYI VOKAL PANJANG

PART 4 : INTRODUCTION TO LONG VOWEL SOUNDS
BAB 4 :   PENGENALAN BUNYI-BUNYI HURUF PANJANG


 
Ayuh kita luangkan sedikit masa mengimbas kembali lagu-lagu ‘ now I know my ABC’ seperti yang terdapat dalam video Sesame Street (sini) atau lagu-lagu pengenalan nama huruf ABC yang lain mengikut citarasa anak anda.


Okay?

Bunyi huruf vokal panjang adalah bunyi sebutan
NAMA-NAMA huruf dalam abjad Aa hingga Zz.

Mudah?


Diacritical Marks long and short vowels/ Tanda pada bunyi huruf vokal panjang dan vokal pendek; 

 

 1.             Long vowel sounds / Bunyi huruf vokal panjang : Tanda “macron” ( ¯ ).  

 

Sekiranya masih sukar untuk mengingati sebutan nama-nama vokal, kita boleh kaitkan bunyi huruf ini dengan sesuatu objek atau perkataan mudah, misalnya :

      • ā   =  ape 
      • ē   = eve 
      • ī    = ice-cream 
      • ō   = open 
      • ū   = use atau cube
      • ȳ   =  fly 


Mulai dari bab 4 seterusnya, saya akan guna tanda-tanda seperti di atas dalam tutorial bagi memudahkan kita membeza bunyi-bunyi vokal panjang dan bunyi-bunyi vokal pendek dalam sesuatu perkataan.


Bagi huruf vokal panjang ī , ē dan ū, secara ‘unconventional’  (agar senang faham) kita ambil saja contoh bunyi-bunyi yang mirik seakan sama bunyi yang diguna dalam perkataan bahasa Malaysia misalnya;

  •  ī  contoh dalam bunyi pandai, pakai, kedai, tupai, ramai
  •  ē contoh dalam bunyi ibu, itu, ini, ikan, itik, Isnin
  •  ū contoh dalam bunyi ikan yu, baju, sapu, ibu, susu.

Untuk mendapat bunyi yang lebih tepat, klik bahagian kanan blog ini; link video di bawah Rachel English yang memberi demonstrasi dan penerangan dengan begitu mendalam .


2.       Short vowel sounds / Bunyi huruf pendek :  Tanda “breve”  ( ˘ ).

Rupa macam misai! Ulangi sebutan bunyi di bawah dan perhatikan perbezaan diantara bunyi panjang dan bunyi pendek;
      • ă  = apple 
      • ĕ  = elephant 
      • ĭ  = ink 
      • ŏ  = orange 
      • ŭ  =  umbrella

 

Penglibatan saya selama 10 tahun memberi kelas bimbingan Phonics, saya perhatikan ramai dari kalangan kanak-kanak, termasuk dari golongan dewasa yang sukar membunyikan nama huruf ā dan ō dengan betul. 


Mereka mengguna nada bunyi yang menaik (sengau). Tolong beri perhatian dan betulkan kesilapan ini.


Sekiranya kita benar-benar teliti bunyi ā, sebutan seakan gabungan dua bunyi (ay)? Apapun, British, Australian dan American mempunyai loghat (tarikan) mereka masing-masing. 


Kita telitikan bunyi huruf-huruf ini dengan Puan Rachel melalui video Rachel English (ā di sini) dan (ō di sini).


Kejapkan bunyi vokal panjang. Pastikan anak anda boleh membezakan antara bunyi vokal panjang dan bunyi vokal pendek dengan cekap dan yakin. 

 

Saya pasti anak anda sudah mula menunjuk minat membaca kerana sedar betapa perlunya mereka pandai membaca. Sikap ‘ingin tahu’, satu perkembangan positif ini perlu dipupuk dengan baik, dedahkan mereka dengan artikel-artikel menarik yang dapat mengembangkan minda mereka sambil memberi semangat supaya mereka terus belajar membaca.


Renungan bersama :
Siapa  pengasas Google?
Sergey Brin dan Larry Page (sini) , dua pelajar dari Stanford University, California


Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment