Friday, December 31, 2010

PHONIC (SLIDES) MAGIC / SILENT e - (LONG VOWEL SOUND Aa) / e AJAIB / SENYAP (BUNYI VOKAL PANJANG Aa )

PART 4eB:   PHONIC: LONG SOUND Aa (SLIDES)
BAB  4Eb:   PHONICS: BUNYI PANJANG Aa (SLIDES)
               SLIDES : MAGIC / SILENT e - e AJAIB / SENYAP


Terma seperti Mr Magic E direka bertujuan untuk  menyeronokkan pembelajaran agar dapat merangsang minda fantasi serta imaginasi kanak-kanak dan mengajak mereka turut aktif mengambil bahagian. 


Bentuk aktiviti seperti ini juga akan memudahkan penyampaian satu-satu garis panduan peraturan Phonics.  Guna kreativiti, selit aksi lakonan dengan gerak-gaya dramatis. Ceriakan cara penyampaian !


Mr Magic E dikaitkan di sini kerana huruf vokal /e/ memang AJAIB. Abra kadabra!, alakazam! seorang lelaki (man) ditukar menjadi bulu tengkok kuda atau singa (mane) ! Hebat! Hebat! Apakah rahsia Mr Magic E?


Kehadiran huruf /e/ yang tampil mengikut turutan vokal konsonan vokal (VKV atau VKKV), secara ajaib akan menukar semua bunyi huruf vokal pendek sebelumnya. Dengan serta-merta mengguna bunyi NAMA sendiri (bunyi panjang). Vokal /e/ tersebut tidak berbunyi, SENYAP!


Beratus perkataan dengan mudahnya akan bertukar menjadi perkataan baru, Hebat! lihat contoh-contoh di bawah;


căp            cāpe
dăm           dāme
făt            fāte
hăt            hāte
păn            pāne
răt            rāte
scrăp         scrāpe
tăp           tāpe


SLIDES : Long sound A – Magic/Silence e
Bunyi Panjang Huruf Aa – e Ajaib/Senyap

Latih berulang kali. Sebutan huruf panjang Aa sukar bagi sebilangan kanak-kanak kerana berbeza dengan sebutan Aa yang diguna dalam bahasa Malaysia.



Renungan Bersama:

gāme


29hb Disember 2010 
 
 








                              Suzuki cup 2010 

Abra kadabra!, alakazam! 

Selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment