Friday, December 24, 2010

Vowels at the start of words and syllable /Vokal pada awal perkataan dan suku kata

PART 3dK:   Vowels at the start of words and syllable.
BAB  3dK :  Vokal pada awal perkataan dan suku kata.


Garis panduan Phonics menyatakan bahawa kebiasaannya dalam sesuatu perkataan, bunyi huruf vokal akan menjadi pendek sekiranya berada diantara dua atau lebih huruf konsonan (sini).

Vokal a, e, i, o dan u kebiasaannya juga akan menjadi pendek sekiranya berada di awal perkataan atau suku kata yang mempunyai hanya satu huruf vokal. Kita lihat contoh seperti di bawah ini;

 
  add, am, an, and, apt, at

ebb,  egg,  elf,  elm,  end

if , ill,  in,  it,

 odd,  off,  on,  ox

  up,  us
  ?   Cuba sebut perkataan “island dan inland”.
?   Macam mana pula bunyi perkataan-perkataan seperti all, old, ask. Bunyi-bunyi yang tidak mengikut garis panduan Phonics akan kita belajar nanti dalam topic "Beyond Phonics".

 
Jangan terburu-buru. Berlatih berulang kali hingga anak anda benar-benar menguasai semua bunyi-bunyi ini dengan tepat dan lancar.
 
Syabas! dan tahniah saya ucapkan. 
Sekiranya anak anda telah berjaya menguasai bunyi-bunyi pendek, mereka sudah mampu mengecam bunyi-bunyi vokal pendek dan akan dapat membaca banyak perkataan-perkataan dalam bahasa Inggeris.

****62 peratus perkataan bahasa Inggeris mengandungi bunyi huruf vokal pendek.***
 
Topik-topik seterusnya kita akan memperkenalkan bunyi-bunyi lain pula, termasuk bunyi-bunyi panjang vokal a, e , i, o, u mengikut garis panduan yang telah disediakan dalam sistem Phonics.


Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan "MERRY CHRISTMAS" kepada semua pengunjung blog ini yang berAgama Christian, dimana saja anda berada..


Happy Reading.

No comments:

Post a Comment