Wednesday, December 29, 2010

PHONIC (SPELLING) LONG VOWEL SOUNDS: MAGIC- SILENT e / (MENGEJA) BUNYI VOKAL PANJANG: e AJAIB - SENYAP

PART 4eB:  PHONIC (SPELLING) LONG VOWEL SOUNDS
BAB  4Eb:  PHONICS (MENGEJA) BUNYI-BUNYI VOKAL PANJANG
                   MAGIC - SILENT e / e AJAIB - SENYAP


Magic atau persembahan silap mata adalah satu kegemaran bukan saja bagi kanak- kanak, golongan orang dewasa pun apa kurangnya.. memang menyeronokkan! 


Phonics pun ada Mr Magic e! 

Kita sama-sama lihat keajaiban yang ada pada huruf vokal /e/ (magic touch) bagaimana huruf ini dengan sekelip mata menukar bunyi semua bunyi huruf-huruf vokal pendek dijadikan bunyi vokal panjang!


Bayangkan, dalam masa yang singkat, anak anda dengan mudah akan dapat membaca beratus perkataan baru mengguna rahsia sakti Mr Magic e.
 

Masih ingat tanda-tanda yang diguna untuk membezakan bunyi vokal panjang dan bunyi vokal pendek? 

Bunyi vokal panjang:  ā  ē   ī    ō   ū    
Bunyi vokal pendek:  ă    ĕ    ĭ    ŏ   ŭ


Lihat rajah di bawah ini supaya dapat gambaran dengan lebih jelas apa yang ingin disampaikan;             
                                MAGICAL/ AJAIB
 Kehadiran huruf vokal /e/ akan menukar bunyi semua huruf-huruf vokal pendek menjadi panjang dalam urutan vokal-konsonan-vokal (VKV /VKKV) . Pada masa yang sama huruf /e/ berkenaan akan senyap, tidak berbunyi.



  • Hăt (topi) menjadi hāte (benci).    (slides di sini)
  • pĕt (haiwan peliharaan) menjadi Pēte (nama lelaki)
  • sĭt (duduk) menjadi sīte (tapak-tempat) (slides di sini)
  • rŏb (rompak) menjadi rōbe (jubah)  (slides di sini)
  • cŭb (anak singa, harimau, serigala dan beruang) menjadi cūbe (kiub,kuasa tiga).   (sini)

Hanya dengan menambah huruf vokal e, akan bertukar semua bunyi dan  makna perkataan!   HEBAT  Mr Magic e!



Adakan aktiviti main silap mata seperti di atas bersama anak anda. Dalam tempoh masa setengah jam, berapa ratus perkataan baru yang mereka dapat baca? Ajaib ya?



Saya akan sediakan latihan slideshow bagi membantu fasih menguasai sebutan perkataan-perkataan yang mengguna bunyi huruf panjang Magic/Silent e.

 

Renungan bersama: 

 

 

 

 

Apakah keistimewaan pemuda ini, Mark Zukerberg, yang telah dianugerahkan gelaran Person of the year 2010? (sini).


........For connecting more than half a billion people and mapping the social relations among them, for creating a new system of exchanging information and for changing how we live our lives, Mark Elliot Zuckerberg is TIME's 2010 Person of the Year




Selamat membaca

 

No comments:

Post a Comment