Tuesday, December 7, 2010

PHONICS: CONSONANT DIAGRAPH ‘th’ / BUNYI DIGRAF ‘th'

PART 3dC:       CONSONANT DIAGRAPH ‘th’
BAB 3dC :        DIGRAF ‘th’ – GABUNGAN KONSONAN


Gabungan huruf konsonan /t/ dan /h/ menghasilkan SATU bunyi baru dan bunyi asal kedua-dua konsonan ini tidak kedengaran.

Walaubagaimana pun, bunyi digraf ini mempunyai dua cara sebutan yang berbeza. Posisi lidah, gigi dan pergerakkan mulut sama tetapi;

  • bunyi ‘th’ yang pertama tidak disuarakan; sekadar hembusan perlahan angin keluar diantara hujung lidah dan gigi bahagian atas, seperti dalam perkataan-perkataan “three", “thigh”, mouth dan sebagainya.

  • ‘th’yang kedua pula mengeluarkan bunyi melalui pita suara sambil menghembus angin, misalnya dalam perkataan “this”, “that”, “those”, “them” dan “they”.

Sekiranya tidak menguasai bunyi diagraf ‘th’dengan betul, akan terdapat kesilapan semasa menyebut perkataan-perkataan seperti contoh di bawah;

  •   “This” menjadi “dis”. 
  •   “brother” menjadi “bruder” 
  •   “mother” menjadi “mudder” 
  •   “breathe” menjadi “breef
  •   “with” menjadi “wif”
  •   “daughter” menjadi “doter”

Memang bunyi ‘th’ pada mulanya agak sukar untuk dikuasai.. berlatih berkali-kali di hadapan cermin dan bunyi ini akan keluar dengan lembut dan merdu sekali!

Saya link di sini video latihan dari Rachel English (sini), Sportsscientist (sini), dan Dave Sconda (sini). Sila beri perhatian akan posisi di mana terletaknya lidah dan gigi semasa menyebut bunyi  kedua jenis ‘th’ ini.

Anda boleh dapatkan bahan bacaan pengukuhan bunyi  digraf ‘th’ melalui progressivephonics.com, disarankan membaca berulang kali supaya dapat menguasai bunyi ini dengan jayanya.

Selamat membaca.

No comments:

Post a Comment