Monday, December 6, 2010

PHONICS: DIGRAPHS 'ch' SLIDES - DIGRAF 'ch'

PART 3dB DIGRAPH - ch
BAB 3dB  DIGRAF - ch

Bunyi hasil gabungan konsonan /c/ dan /h/ juga adalah dari kumpulan digraph; satu bunyi baru dan bunyi-bunyi asal konsonan /c/ dan /h/ tidak langsung kedengaran. 

Cuba teka, agaknya bunyi macam mana? Kenapa dikaitkan dengan gambar keretapi? ch ch ch ch ch.

Kita ambil contoh bunyi huruf dalam bahasa Malaysia; ya, bunyi serupa huruf /c/ seperti yang terdapat dalam perkataan-perkataan cantik, cermin, cikgu, comel, cucu dan sebagainya. (klik sini) dan (bunyi sini).

Digraph - ‘ch’ slides
Digraph - ‘ch’(slides)


Dapatkan bahan bacaan cerita-cerita pendek menarik di sini, dan baca berulang kali bagi memastikan anak anda dapat sebutan bunyi-bunyi ini dengan fasih dan betul.

Sementara itu, bantu mereka mencari maksud perkataan-perkataan baru yang mereka belajar, (kamus bergambar online) agar faham isi kandungan cerita yang dibaca. 

Sekiranya anda telitikan perkembangan anak anda, sampai ke tahap ini, mereka sudah mula "ingin tahu" erti maksud perkataan-perkataan yang mereka pelajari selama ini. 

Saya akan adakan satu aktiviti khas dalam sesi akan datang, mengajar cara-cara mengguna KAMUS dwiBahasa. Tidak kira peringkat umur, setelah mereka menguasai cara yang betul mengguna KAMUS, minat mereka akan meningkat, mula rasa lebih yakin dan "berdikari" membaca buku-buku dalam bahasa Inggeris.

Selamat membaca.
               

No comments:

Post a Comment