Sunday, January 2, 2011

LONG VOWEL SOUND Ii (SLIDES) / BUNYI PANJANG Ii (SLIDES) - MAGIC / SILENT e - e AJAIB / SENYAP

BAB  4ED:    BUNYI PANJANG Ii (SLIDES)
                MAGIC / SILENT e - e AJAIB / SENYAP


Mr Magic e juga mengguna kuasa yang sama seperti yang dikenakan ke atas huruf vokal /a/. Power! Power!     

Kehadiran huruf /e/, mengikut urutan vokal konsonan vokal (VKV/VVKV) juga akan membuat huruf /i/ sentiasa menyebut namanya, iaitu bunyi vokal panjang. Huruf /e/ tetap senyap dan tidak berbunyi,


Mr Magic E! 
Abra kadabra!, alakazam!


Short sounds         Long sounds
Bunyi Pendek       Bunyi panjang


b ĭ t                         b ī te
d ĭ m                       d ī me
f ĭ n                         f ī ne
h ĭ d                        h ī de
k ĭ t                         k ī te
p ĭ n                        p ī ne
r ĭ p                        r ī pe
sp ĭ n                     sp ī ne
w ĭ n                      w ī ne



Perhatikan kelancaran dan cara anak anda membaca. Adakalanya terdapat dari kalangan mereka yang mengalami kerumitan dan teragak-agak bila membaca, kerana tidak pasti dari arah mana mereka perlu mula mengeja. 


Di sini saya ingin berkongsi satu tip yang dapat membantu - kita ambil satu contoh mudah dengan perkataan sprīte;


Untuk peringkat permulaan, guna tips seperti ini bagi membantu memudahkan mereka mengenalpasti kumpulan-kumpulan bunyi yang terdapat dalam sesuatu perkataan.



Saya juga sarankan anda guna flipcards kerana kumpulan-kumpulan gabungan seperti di atas sudah disediakan, anak anda hanya perlu menterbalikkan (flip) kad-kad bagi memudahkan proses mencantum. 



Kanak-kanak gemar berlatih mengeja mengguna flipcard. Anda juga boleh menghasilkan satu set flipcard dari rumah dengan mengguna bahan-bahan mudah.  



Slides: Long sounds i – Magic / Silent e
Bunyi panjang huruf vokal i – e Ajaib / Senyap

Dengan sekelip mata anak anda akan dapat membaca beratus-ratus perkataan. Tetapi jangan setakat ini sahaja, guna kamus/translator untuk dapatkan erti perkataan. Laman web progressivephonics  menyediakan cerita-cerita pendek Magic e / Silence e yang sangat menyeronokkan.



Abra kadabra!, alakazam!


Selamat membaca!



NEW YEAR GREETINGS

A very Happy New Year to all my visitors; may the year 2011 bring progress and prosperity.  





No comments:

Post a Comment