Monday, September 6, 2010

PHONICS - MENARIK MINAT INGIN BELAJAR

Menarik minat anak-anak ingin belajar membaca Bahasa Inggeris - 1





Pendedahan dan pengenalan awal sangat penting bagi memastikan anak kita memahami dengan jelas mengapa perlunya mereka belajar membaca Bahasa Inggeris.Sejak lahir, kita telah berjaya mengajar mereka mahir bertutur dalam bahasa ibunda.. kenapa tidak mengambil peluang yang sama mengajar mereka Bahasa Inggeris?


Ceriakan sesi dan ajak mereka bersembang-sembang dan bincang kerana ini adalah satu Bahasa baru yang akan diperkenalkan kepada mereka. Terdapat banyak bahan rujukan serta video dalam internet yang dapat membantu anda dalam usaha ini contoh seperti dibawah;



1.Kenapa anak-anak dalam gambar ini mengguna Bahasa Inggeris?
2. Kenapa kita juga perlu belajar Bahasa Inggeris?
3. Apa kelebihan kiranya mahir dan fasih dalam Bahasa Inggeris?
4. dan sebagainya.


Sekiranya ada masa lapang, bawa mereka ke Perpustakaan awam atau kedai-kedai buku (bahagian kana-kanak). Beberapa kedai besar ada menganjurkan aktiviti dan program khas menyeronokkan untuk kanak-kanak yang mengunjungi kedai mereka. Ketika mereka mengamati kanak-kanak lain terlibat dengan aktiviti membaca, mudahan akan dapat membantu memberi kesedaran, mereka juga ingin mula belajar membaca Bahasa Inggeris.


Pakar pendidikan percaya adalah penting kanak-kanak diberi dorongan menggunakan kelima-lima deria (indera) dalam aktiviti pembelajaran mereka bagi memudahkan mereka belajar. Bermacam aktiviti boleh anda adakan bersama mereka agar dapat mencungkil daya kreativiti serta sifat inkuisitif yang ada pada diri kanak-kanak.


Ajak mereka turut melibatkan diri dalam kegiatan harian kita. Contohnya dalam gambar hiasan ini, /j/ /j/ /j/ /j/ untuk bunyi huruf /j/ = jam. Sambil mencuci ikan boleh belajar bunyi huruf /f/ /f/ /f/ untuk "fish" dan sebagainya. Ibu, bapa, nenek, makcik juga boleh memainkan peranan sebagai guru kepada kanak-kanak semasa berada dirumah.. 


Bagi ibubapa anak adalah harapan masa depan kita dan sama juga bagi kanak-kanak, ibubapa adalah harapan masa depan mereka.

Salam Sejahtera..

No comments:

Post a Comment