Saturday, February 19, 2011

Long Sound Ee : ei & ie Rules / Two Vowels Team (SLIDES) - Vokal berganding / Digraf Vokal


PART 5D: Long Sound Ee: ei & ie Rules / Two Vowels Team (SLIDES). 
BAB 5D  :  Bunyi Panjang Ee: ei & ie / Vokal berganding / Digraf Vokal
 
1.    Two Vowels Team

Gandingan vokal ei & ie mempunyai sifat yang sama seperti gandingan vokal yang lain ia-itu, vokal pertama mengguna bunyi panjang (nama huruf), dan vokal kedua tidak berbunyi.



2.   Basic ei & ie spelling rule
    Peraturan asas mengeja gandingan vokal ei & ie

Gandingan kumpulan vokal ie mengikut peraturan two vowels team menghasilkan bunyi panjang i. Tetapi bila kita perhatikan perkataan-perkataan seperti seize dan sieve, kedua-dua perkataan ini mengguna bunyi panjang e!  Apakah cara untuk kita mengenalpasti kumpulan vokal manakah yang perlu dipadankan bagi sesuatu perkataan?


Disini saya sertakan satu garis panduan asas mengeja gandingan vokal ei & ie bagi memudahkan anda mengeja dengan lebih pantas:-

Use i before e
Except when the two vowels follow c
and have a long e sound.


Secara ringkas, apa yang dimaksudkan ialah:-  

Guna i sebelum e
untuk menghasilkan bunyi panjang e,
kecuali sekiranya huruf c mendahului
gabungan dua huruf vokal ini.


Gabungan vokal ei yang dituruti konsonan dan   digraph yang berbunyi desis (hissing sound) seperti huruf z dan digraf th, juga menghasilkan bunyi panjang e bila bercantum.

Kita adakan latihan mengguna slides agar anda dapat memahami dengan lebih jelas mengenai bunyi-bunyi hasil gabungan ei & ie diatas.


Long sounds - ei & ie slides



 Apakah cara yang dapat mengejapkan pemahaman anak anda mengenai peraturan-peraturan yang diberi diatas? Adakan aktiviti kuiz..teka meneka dengan mereka. Peraturan ini begitu mudah untuk diserapkan dan masaalah ei & ie tidak akan timbul lagi apabila mereka benar-benar faham dengan peraturan yang disediakan oleh Phonics.

Seperti gabungan dua vokal yang lain,  MASIH akan terdapat pengecualian dengan adanya beberapa lagi bunyi lain hasil gabungan ei & ie. Sekarang cuba sebut perkataan;

eight, vein dan heir

Sebut beberapa kali - bunyi lain lagi! Kita akan huraikan bunyi-bunyi yang lain ini dalam sesi-sesi yang akan datang.


Selamat membaca.

1 comment:

  1. Bunyi panjang "e"ini mudah di fahami oleh pelajar..jika mendapat bimbimgan dari ibu bapa dan guru. Seterus nya, hanya mengulang kaji sehingga benar2 mahir.

    the long "e" sound is explained very clearly here. i believe students can easily follow this-with the right guidance from parents and teachers. Then follow up with a lot of revisions until the student fully grasp this.
    where2-keep up the good job!

    ReplyDelete