Friday, June 10, 2011

ew,oo sounds (diphthong) - long oo and short oo / Bunyi huruf gabungan ew,oo


Bab 6B:  ew, oo sounds – Diphthong (slides/wordlist)
Part 6B:  Bunyi ew, oo – Diftong.                 



Bunyi ew (diftong) / ew sound (diphthong)


Dalam bab 5A kita telah belajar mengenai bunyi hasil gabungan ew (sini) dan juga telah mengadakan latihan mengeja perkataan-perkataan yang mengandungi dua vokal ini melalui slide di (sini). Masih ingat ya?


He blew the candles


ew wordlist

blew,  brew,  cashew,  chew,  crew,
curfew,  dew, drew, few,  nephew,
new,  jewel,  knew, mew,  renew,
review,  screw, sewer, shrew, shrewd,
 skewer, stew, steward, view, 



Bunyi oo / sound of oo


Gabungan dua vokal oo mempunyai dua jenis sebutan iaitu bunyi panjang oo dan bunyi pendek oo.  Sekali lagi kita belajar mengguna video demonstrasi keluaran Rachel English Pronunciation yang akan dapat memberi gambaran dengan lebih jelas bagaimana bunyi-bunyi ini seharusnya dikeluarkan (long oo and short oo). 



Misalnya oo dalam perkataan ‘school’ mengguna bunyi panjang oo manakala oo dalam perkataan ‘footprint’ mengguna bunyi pendek oo. (Long oo as in school and short oo as in footprint).

         

Di bawah ini adalah beberapa contoh perkataan-perkataan yang mengguna bunyi panjang oo dan bunyi pendek oo;


oo panjang / Long oo                      oo pendek / short oo

balloon, bamboo, broom                 book, brook, cook
cool, food, fool, hoot,                        foot, good, hood, hook    
loop, moon, pool, room                     look, nook, rook, took    
school, shoot, soon                             shook, soot, stood,
goose, spoon, stool, tooth                  wood, woof, wool


Apakah anda dapat mengenalpasti akan perbezaan antara bunyi panjang oo dan bunyi pendek oo? Sila layari laman web Worksheetgenius untuk mendapat banyak lagi perkataan-perkataan yang mengguna dua jenis bunyi oo di sini



Cuba baca perkataan- perkataan ini; food, foot, flood, broom, brook, blood.  Kita beralih kepada sebutan bunyi oo dalam perkataan blood dan flood? Bunyi panjang oo, bunyi pendek oo ataupun mengguna bunyi yang lain? Sila beri jawapan anda dalam petak komen di bawah.


Jangan lupa kejapkan pemahaman topik ini dengan membaca cerita-cerita pendek, secara online seperti dalam laman web progressivephonics dan lain-lain, link disediakan di bahagian kanan blog ini.


Ayuh adik-adik kita sama-sama menyanyi  lagu

"Double o, oo"




Selamat membaca.

No comments:

Post a Comment