Part 6D: ou, ow sound – Diphthong (wordlist)
Bab 6D: Bunyi ou, ow – Diftong (senarai perkataan). .
‘ou’ as in mouse
Diftong dari gabungan dua huruf vokal ‘ou’ dan huruf vokal ‘ow’ menghasilkan bunyi yang sama (diphthong ou = ow). Video-video demonstrasi Rachel English pronunciation tadi akan memberi cara bagaimana bunyi ini dikeluarkan.
Bermacam jenis aktiviti boleh diadakan bersama anak anda bagi memudahkan mereka ingat bunyi-bunyi baru yang ingin disampaikan. Sebagai contoh, kita boleh mainkan lagu, berlakon atau menonton video-video seperti rakaman lucu “Charlie bit me again” ini. (Disini jelas kedengaran bunyi diftong yang disebut oleh Abang Charlie dalam perkataan “ouch” dan “ow”).
‘ow’ as in cow

ou - wordlist / senarai perkataan
about amount announce around
blouse bough bounce bound
bout cloud compound confound
couch council count counter
county crouch doubt douse
flour flout foul found
ground loud lounge lousy
ou - wordlist / senarai perkataan
allow bow brow browse
cow crowd crown down
dowry drown drowse eyebrow
flower fowl frown gown
growl how now owl
powder power prowl row
rowdy scowl shower sow
towel tower town vow
vowel wow yowl
Sila dapatkan banyak lagi contoh perkataan yang mengguna diftong ‘ou’ dan ‘ow’ dari laman web sini.
Peringatan:
Beberapa perkataan yang mengguna ejaan sama seperti bow, row dan sow mempunyai dua bunyi yang berlainan. Bukan saja bunyi tidak sama, maksud perkataan juga tidak sama. Kita lihat contoh-contoh seperti di bawah;
Diftongs Two Vowels Team
bow (tundukan) bow (ibu panah)
bow (haluan kapal/perahu)
row (pertengkaran) row (barisan)
row (mendayung)
sow (khinzir betina) sow (menabur benih)
Dalam bahasa Malaysia bunyi diftong yang sama juga kedengaran dalam perkataan-perkataan seperti aurat, saudara, harimau dan sebagainya. Walaubagaimana pun, diftong yang diguna dalam bahasa Malaysia adalah hasil gabungan dua huruf vokal ‘au’.
“Naughty Ww” – / Huruf nakal Ww
Ada dari kalangan pendidik menyifatkan huruf /w/ sebagai hufur nakal (‘naughty w’) kerana bila saja berdamping dengan huruf vokal /a/, /e/ dan /o/, ia akan menukar bunyi huruf-huruf vokal tersebut. Perhatikan bagaimana nakalnya Charlie dalam video diatas?
“Troublesome OU” / OU yang menyusahkan
Gabungan huruf ‘ou’ disifatkan sebagai gabungan dua huruf vokal yang menyusahkan (“troublesome ou”). Selain bunyi diftong dan bunyi dari kumpulan “Two Vowels Team”, ‘ou’ mempunyai banyak bunyi lain bila dituruti huruf-huruf konsonan tertentu. Bunyi-bunyi ini akan kita telitikan dalam sesi ‘beyond phonics’ nanti. Sebagai contoh, cuba sebut perkataan-perkataan di bawah ini, semuanya mempunyai bunyi-bunyi berlainan ya?
house
cough
dough
rough
through
thorough
thought
hought
Selamat membaca.
Renungan bersama:
Petronas Twin Tower (SINI)
Bangunan 88-tingkat yang pada satu ketika
dulu adalah bangunan tertinggi didunia.
What's up, just wanted to tell you, I enjoyed this article. It was practical. Keep on posting!
ReplyDeleteLook at my web blog - Discounted Brand new Orleans Accommodations