Sunday, June 26, 2011

ou, ow sound – Diphthong (wordlist) / Bunyi ou, ow – Diftong (senarai perkataan).


Bab 6D:  Bunyi ou, ow – Diftong (senarai perkataan).                 .

 

           ‘ou’ as in mouse
Diftong dari gabungan dua huruf vokal ‘ou’ dan huruf vokal ‘ow’ menghasilkan bunyi yang sama (diphthong ou = ow). Video-video demonstrasi Rachel English  pronunciation tadi akan memberi cara bagaimana bunyi ini dikeluarkan.



               ‘ow’ as in cow
Bermacam jenis aktiviti boleh diadakan bersama anak anda bagi memudahkan mereka ingat bunyi-bunyi baru yang ingin disampaikan.  Sebagai contoh, kita boleh mainkan lagu, berlakon atau menonton video-video seperti rakaman  lucu “Charlie bit me again” ini. (Disini jelas kedengaran bunyi diftong yang disebut oleh Abang Charlie dalam perkataan “ouch” dan “ow”).   

ou - wordlist / senarai perkataan
about        amount       announce         around
blouse        bough         bounce            bound
bout           cloud          compound       confound
couch        council       count                counter
county       crouch        doubt                douse
flour            flout             foul                    found
ground       loud            lounge               lousy


ou - wordlist / senarai perkataan

allow           bow              brow             browse 
cow             crowd           crown           down
dowry          drown          drowse          eyebrow
 flower         fowl              frown              gown
growl           how              now                owl
powder        power          prowl             row
rowdy          scowl            shower          sow
towel           tower             town              vow
vowel          wow              yowl
Sila dapatkan banyak lagi contoh perkataan yang mengguna diftong ‘ou’ dan ‘ow’ dari laman web sini.


Peringatan:

Beberapa perkataan yang mengguna ejaan sama seperti bow, row dan sow mempunyai dua bunyi yang berlainan. Bukan saja bunyi tidak sama, maksud perkataan juga tidak sama. Kita lihat contoh-contoh seperti di bawah;

Diftongs                              Two Vowels Team
bow (tundukan)                bow (ibu panah)
                                            bow (haluan kapal/perahu)
row (pertengkaran)          row (barisan)
                                            row (mendayung)
sow (khinzir betina)           sow (menabur benih)

Dalam bahasa Malaysia bunyi diftong yang sama juga kedengaran dalam perkataan-perkataan seperti aurat, saudara, harimau dan sebagainya. Walaubagaimana pun, diftong yang diguna dalam bahasa Malaysia adalah hasil gabungan dua huruf vokal ‘au’.


“Naughty Ww” – / Huruf nakal Ww

Ada dari kalangan pendidik menyifatkan huruf /w/ sebagai  hufur nakal (‘naughty w’) kerana bila saja berdamping dengan huruf vokal  /a/, /e/ dan /o/, ia akan menukar bunyi huruf-huruf  vokal tersebut. Perhatikan bagaimana nakalnya Charlie dalam video diatas?


“Troublesome OU” / OU yang menyusahkan

Gabungan huruf ‘ou’ disifatkan sebagai gabungan dua huruf vokal yang menyusahkan (“troublesome ou”). Selain bunyi diftong dan bunyi dari kumpulan “Two Vowels Team”, ‘ou’ mempunyai banyak bunyi lain bila dituruti huruf-huruf konsonan tertentu. Bunyi-bunyi ini akan kita telitikan dalam sesi ‘beyond phonics’ nanti. Sebagai contoh, cuba sebut perkataan-perkataan di bawah ini, semuanya mempunyai bunyi-bunyi berlainan ya?
house
cough
dough
rough
through
thorough
thought
hought


Selamat membaca.



Renungan bersama:

Petronas Twin Tower (SINI)

Bangunan 88-tingkat yang pada satu ketika 
dulu adalah bangunan tertinggi didunia.





  

           

1 comment:

  1. What's up, just wanted to tell you, I enjoyed this article. It was practical. Keep on posting!

    Look at my web blog - Discounted Brand new Orleans Accommodations

    ReplyDelete