Sunday, May 8, 2011

Sound of ue, ui & ew - Long sound u / Two Vowels Team - SLIDES - Vokal berganding / Digraf Vokal - Bunyi panjang u


BAB 5F  :  Bunyi ue, ui & ew / Vokal berganding / Digraf Vokal - Bunyi panjang u




Apa agaknya bunyi hasil gabungan huruf vokal u dengan huruf e dan i? Apakah juga akan mengguna bunyi panjang u / long u seperti gabungan dua vokal lain dalam Two Vowels Team? Ya, gabungan dua huruf vokal  ue dan ui juga mengikut peraturan Two Vowels Team; bunyi huruf panjang ū saja akan kedengaran (sebutan bunyi nama huruf) dan huruf vokal yang kedua tidak bunyi. Walaubagaimanapun, bunyi huruf panjang ū (Long sounds ū) mengguna dua jenis sebutan yang agak berbeza;



Long u sounds/  Bunyi-bunyi  panjang u

  
1.            Sebutan bunyi nama huruf vokal Uu

Apabila huruf  u digabung dengan beberapa  huruf konsonan seperti B, C, F, H, M dan P,  (secara pantas) posisi mulut dan bibir serta sebutan didahului dengan bunyi  huruf konsonan y dan diikuti dengan bunyi ‘oo’;  (y) + oo. (“diphthong” –  dua bunyi).



2.          Bunyi “oo”

 Kebiasaannya bagi huruf-huruf konsonan selain dari yang tersebut diatas, bunyi  ‘oo’ sahaja akan kedengaran (mengikut American English). Terdapat sedikit perbezaan sebutan diantara American dan British English contoh seperti dalam perkataan-perkataan “dew” dan “new”.


Telitikan bunyi  ‘oo’ yang disampaikan oleh Puan Rachel dalam laman web Rachel English.


     
Saya suka kaitkan bunyi dengan objek atau binatang, satu aktiviti yang berkesan bagi membantu kanak-kanak (4 tahun hingga 8 tahun) supaya senang ingat sesuatu bunyi baru. Ini adalah cara tidak formal tetapi sangat berkesan.



Bunyi yang dikeluarkan oleh lembu dalam video di atas seakan bunyi gabungan  “m + oo”. Sekiranya dibuang huruf m akan kedengaran ‘oo’ sahaja ya?






      ew


Bunyi digraf gabungan huruf e dan w adalah dibawah tajuk “w contolled vowels” dan “diphthong” yang akan dijelaskan dalam sesi-sesi akan datang. Walaubagaimana pun, disini saya turunkan juga latihan bunyi gabungan huruf e dan w kerana ‘ew’ juga menghasilkan dua bunyi sama, iaitu y+oo dan oo.


ue, ui dan ew – Slides

Selamat membaca.



PS:                      8th May 2011
             

Today we celebrate a very special day
"A VERY HAPPY MOTHERS DAY"

OUR MOTHERS...

The Most Wonderful Gift Allah Granted to us all...


3 comments:

  1. Moooo.. nampak panjang kan... terima kasih iilmu baru dapat nih..

    ReplyDelete
  2. Hello! Ι сould have swoгn I've visited this web site before but after looking at some of the posts I realized it's neω to
    me. Anyways, I'm definitely delighted I found it and I'll be bоok-maгking it and checking baсk regularlу!


    Look аt mу web blog - cellulite

    ReplyDelete
  3. Wоw, wonderful blog layout! How long have you been blogging for?

    уou made blogging loοk easy. Τhe οѵеrall look of youг site
    is wonderful, aѕ wеll as the cοntent!



    My web blog - Sixpack (Social.Zarya-Chern.ru)

    ReplyDelete