Tuesday, May 24, 2011

aw, au, ew, oo, oi, oy, ow, ou sounds - INTRODUCTION TO DIPHTHONGS / Bunyi-bunyi DIFTONG aw, au, ew, oo, oi, oy, ow, ou





Bab 6:    Bunyi-bunyi aw, au, ew, oo, oi, oy, ow, ou;  DIFTONG – PENGENALAN
Part 6:   aw, au, ew, oo, oi, oy, ow, ou sounds ;  DIPHTHONG – INTRODUCTION



         oi (diphthong) as in coins

Diftong ialah gabungan dua bunyi vokal yang dilafazkan secara berterusan dalam satu hembusan nafas.  Bunyi diftong terhasil apabila bunyi satu vokal menggeluncur dengan cepatnya ke suatu vokal lain; dibunyikan serentak dalam satu suku kata. (Diphthongs - two adjacent vowels sounds connected in a continuous, gliding motion occurring within the same syllable). Perkataan diftong berasal dari bahasa Greek yang bermaksud dua bunyi.


Dengan kecekapan mengenalpasti bentuk dari mana datangnya kumpulan ini maka dapatlah kita membunyi dan mengeja perkataan-perkataan dengan betul lagi tepat.  Perlu beri perhatian kerana dalam bahasa Inggeris akan terdapat gandingan dua huruf berlainan dalam kumpulan diftong tetapi menghasilkan bunyi sama. Kita lihat beberapa contoh seperti dibawah ini;


DIPHTHONG/ DIFTONG
(please click below for respective topic)


(claws)              (clause)
(dew)               (zoo)
(boil)                (boy)
(cow)               (couch)



Diftong adalah kumpulan bunyi yang agak mengelirukan   jesteru itu harap beri lebih tumpuan  dan perhatikan antara perbezaan-perbezaan yang akan terdapat dalam Standard English, British English dan American English.  Bunyi-bunyi diftong lain seperti  'ear' akan dihalusi dalam sesi beyond phonics yang akan datang.



Sila layari laman web progressivephonics (bahagian kanan blog ini) untuk mendapat bahan-bahan bacaan melalui cerita-cerita pendek yang menarik yang akan dapat mengejapkan pemahaman bunyi-bunyi dalam kumpulan diftong ini.



Selamat membaca.

No comments:

Post a Comment