Tuesday, May 31, 2011

aw, au sounds – Diphthong - Slides / Bunyi aw, au – Diftong.


Bab 6A:  aw, au sounds – Diphthong / Slides
Part 6A:  Bunyi aw, au – Diftong.                 





 Diphthong ‘aw’ as in ‘hawk’

   Bunyi diftong hasil gabungan dua vokal aw serta gabungan vokal au adalah sama (sounds of aw = au).    Lihat contoh yang diberi dalam bab 6 sesi pengenalan diftong. Sebutan 'claws' mengguna bunyi aw sama seperti sebutan bunyi au dalam perkataan 'clause'. 
 


Kita belajar bunyi diftong ‘aw’ dan ‘au’ yang betul dan tepat menerusi video yang dikeluarkan oleh Rachel English Pronunciation. Perhatikan posisi, bentuk mulut, bibir, lidah dan dari mana asalnya bunyi ini dikeluarkan. 



Seterusnya kita adakan sedikit latihan mengguna slides. Harap ambil perhatian dengan bunyi (sama) dan juga ejaan perkataan-perkataan yang mempunyai bunyi diftong ‘aw’ dan ‘au’. Cari erti perkataan mengguna Kamus supaya mudah mengenalpasti gabungan vokal-vokal manakah yang perlu dipadankan untuk sesuatu perkataan, aw atau au;

Slides:  aw, au - Diphthong / Diftong  




Bagi kanak-kanak yang berumur di antara 4 tahun – 7 tahun, peraturan serta terma-terma seperti short sounds, digraf, magic e, two vowels team dan diftong mungkin tidak menarik perhatian mereka dan membosankan. 


Perbagaikan aktiviti.  Ajak mereka bincang untuk mendapat cara yang lebih senang mengikut rentak pemahaman dan imaginasi kreativiti mereka tersendiri. Misalnya burung gagak! Idea ini adalah sumbangan dari murid saya yang berumur 7 tahun. 

Kenapa pula dengan burung gagak?


Kedengaran bunyi yang dikeluarkan oleh burung gagak ialah ‘caw’, 'caw', 'caw' (crows ‘caw’). Kita sama-sama dengar bunyi melalui video ini.  Apa pendapat anda? Apakah bunyi dari burung gagak seakan bunyi diftong ‘aw’ dan ‘au’? Yang mana lebih berkesan kepada golongan ini, diftong atau gagak? Ya biasanya bila saya sebut saja burung gagak, secara otomatis mereka keluarkan bunyi diftong dengan cepat dan tepat!



Dalam bahasa Malaysia juga terdapat diftong ‘au’ seperti dalam perkataan ‘aurat’, ‘saudara’ dan ‘harimau’, tetapi bunyi diftong ‘au’ dalam bahasa Malaysia tidak sama dengan bunyi diftong dalam bahasa Inggeris! 




RENUNGAN BERSAMA
Mengapa burung gagak disebutkan dalam Al Qur’an?
 Sini.

1 comment:

  1. Sangat-sangat menarik. Patut diguna pakai oleh guru2 di semua sekolah rendah yang lemah BI ni

    ReplyDelete