Friday, May 20, 2011

y as in day and key, y as vowels - w as vowels (SLIDES) / Huruf y dan w sebagai vokal


BAB 5G  :  Huruf y dan w sebagai vokal.



Apa agaknya bunyi huruf y dalam perkataan-perkataan seperti 'day', 'key' dan juga apakah bunyi huruf w dalam perkataan 'low' ? (y as in day and key, w as in low)? Saya tujukan soalan ini sebelum memulakan sesi ini kerana y dan w adalah huruf yang unik. Cuba teka? 


Huruf y dan w adalah dari kumpulan konsonan tetapi adakalanya mengambil sifat-sifat vokal. Sebelum ini kita juga telah belajar dalam bab 4ya sessi 27hb Disember 2010 (part 4ya 27th Dis 2010), yang huruf y apabila bergabung dengan konsonan di bahagian hujung sukakata atau perkataan, mengambil bunyi sebutan nama vokal /e/ dan vocal /i/.  Misalnya dalam perkataan fly ( ī ), sunny ( ē ) dan cycle ( ī )



Kali ini kita lihat pula apa terjadi apabila huruf y dan w berganding dengan huruf-huruf vokal tertentu. Huruf y dan w akan mengambil sifat huruf-huruf vokal  lain mengikut garis panduan peraturan Two Vowels Team;  vokal pertama bunyi panjang (bunyi sebutan nama vokal tersebut) dan vokal kedua tidak berbunyi. Ini bermakna huruf y dan w tidak berbunyi! Senyap! 
 

y as vowels / w as vowels SLIDES
y dan w sebagai vokal







Seperti biasa akan terdapat beberapa gabungan di atas yang tidak mengikut bunyi yang ditetapkan dalam garis panduan Two Vowels Team.    Topik-topik ini akan diperkenalkan dalam sesi akan datang di bawah tajuk-tajuk kumpulan bunyi lain seperti “diphthongs”, “w controlled vowels” dan “beyond Phonics”. Kita tinjau sedikit contoh perkataan-perkataan yang tidak seragam tersebut seperti yang terdapat dalam rajah di atas.




Jangan lupa, buka KAMUS! Cari erti perkataan yang terkandung dalam slides di atas. Dari sini anda akan mudah mengenalpasti bunyi yang betul bagi perkataan tertentu. Sekiranya masih ragu-ragu, sila layari laman web howjsay (bahagian kanan blog ini) bagi membantu anda.



Selamat membaca.

4 comments:

  1. I got many ideas here about how to teach English thanks for visit my blog

    ReplyDelete
  2. susah jugak nak menyebutnya tuh.. tapi sebagai gantian ia dilihat satu alternatif yang mudah untuk mereka ini..

    ReplyDelete
  3. Zik,
    Bunyi /a/ panjang memang bermasaalah bagi sebilangan mereka terutama yg 12thn keatas, yg baru saja mula berjinak dgn BI.

    Ini adalah kerana bunyi /a/ dalam BM tak sama (lebih kearah bunyi e pendek BI). Umpama 'cake' (BI) dan 'kek'.

    Posisi mululut, bibir dan dari mana sebenarnya bunyi dikeluarkan.. rujuk laman web Rachel dan latih dari situ, Insyaallah.

    Salam

    ReplyDelete
  4. typo error; mulut..

    Terdapat sekurangnya 7jenis bunyi berlainan huruf /a/ dlm BI. Ini perlu diberi perhatian..

    "My father ate an apple" = 3jenis bunyi 'a'.
    father - 3rd 'a' sound
    ate - long 'a' (bunyi nama huruf a)
    an apple - short 'a'

    Begitu juga dengan
    salt, water, car, a cat..

    Cuba sebut dan dengar bunyi2, lain ya?

    Cheers

    ReplyDelete