Saturday, November 6, 2010

r CONSONANT BLENDS - GABUNGAN / MENCANTUM HURUF KONSONAN r

BAB 3r :         GABUNGAN HURUF KONSONAN r








  


Latihan mengguna Slide / Slideshow :






CR - CROCODILE (BUAYA)


Sambil bawa anak-anak melawat zoo, atau taman buaya.. boleh juga berlatih bunyi-bunyi seperti "cr" untuk "crocodile". cr, cr, cr, crocodile. Gambar ini diambil semasa lawatan Noah keTaman Buaya, Pulau Langkawi, Kedah, Malaysia.  

Di Taman Buaya ini, kanak -kanak di beri peluang bergambar  bersama buaya, menyentuh, merasa kulit, merasa gigi-gigi dan bagaimana rupa telur buaya. Hati-hati ya, sekiranya masih hidup tidaklah boleh dekat semudah ini, buaya-buaya ini telah pun diawet.  Selain Pulau Langkawi terdapat beberapa lagi Taman Buaya dalam Negara ini seperti di Johor, Melaka, Sarawak dan yang terbesar adalah di Negeri Sabah dimana terdapat lebih 300ekor buaya diTaman ini.



Jangan lupa, anak anda perlu sentiasa diberi latihan membaca (cerita-cerita pendek) kerana ini akan dapat mengukuhkan pembelajaran sebutan cantuman huruf /r/. Laman web seperti progressivephonics.com memberi banyak buku buku yang menarik bagi kegunaan mereka yang belajar membaca dari rumah. (sila lihat dibahagian kanan blog ini).


Banyak laman web lain yang juga memberi latihan membaca secara online, lengkap dengan bunyi audio yang dapat membantu anak anda membaca.


Selamat membaca.

No comments:

Post a Comment