BAB 5A : Bunyi ai - Vokal berganding / Digraf Vokal
Gandingan vokal ‘ai’ akan memperkenalkan banyak perkataan-perkataan mudah yang kerap diguna dalam perbualan harian.
sebuah lagu yang dimainkan dalam tayangan gambar “My Fair Lady”. Eliza (seorang gadis kampung yang buta huruf) belajar membaca bahasa Inggeris dengan Professor Higgins. Mereka begitu gembira apabila akhirnya, Eliza telah berjaya membunyikan gandingan dua vokal ai ini dengan fasih dan kemas.
Sila ambil perhatian dengan bunyi panjang vokal /a/ dan latih berulang kali kerana bunyi cantuman vokal ini tidak sama dengan sebutan bunyi dalam bahasa Malaysia. Contohnya;
Bahasa Inggeris - main (yang utama)
Bahasa Malaysia - main
....Tidak sama bunyi ya!
Slides ‘ai’ – Two Vowels Team / Digraf VokalBagaimana pula agaknya perkataan-perkataan ‘said’ dan ‘aisle’ disebut? Oh no! mengeluh murid saya yang baru saja berumur 6tahun! Lain benar pula bunyi perkataan-perkataan itu.
HOMOPHONES
SILENT E TWO VOWELS
hale hail
made maid
male mail
mane main
pane pain
plane plain
sale sail
tale tail
waste waist
Sudahkah anda mencari erti perkataan-perkataan di atas? Dari senarai itu kita ambil satu contoh; made (ejaan mengikut peraturan a Magic e) dan maid (ejaan mengikut peraturan Two Vowels Team).
- Made ertinya membuat/ dibuat dan
- maid pula ertinya seorang pembantu rumah.
Ingat, bunyi sama, mengguna bunyi huruf panjang /a/ tetapi ejaan dan maksudnya lain sekali.
Jesteru itu, adalah penting anda mula melatih anak anda untuk mengguna KAMUS..
Renungan Bersama
snails - Escargot
Pasar ikan di Lagos, Nigeria (gerai-gerai sementara) yang terletak di bawah Jambatan Falomo ini disumbang oleh Puan Nik Faridah. Perhatikan seorang wanita sedang menjual sejenis siput besar (snails) yang dipanggil Escargot. Ikan seperti Tenggiri dijual dengan harga 1899 Naira sekilo (RM50/kg).
Selamat membaca
ReplyDeleteMy blog :: payday loan,
Here is my web-site ... payday loan,
ReplyDeleteMy wеbsite payday loan online
Also visit my weblog ... payday loan,