Wednesday, October 27, 2010

PHONICS - ŏ (SLIDES) SHORT VOWELS/VOKAL PENDEK


BAB 2O :    “SHORT VOWEL ŏ
VOKAL ŏ - PENDEK 


Bagi mengenal bunyi huruf vokal /o/, saya telah memilih buah “orange” kerana bentuk mulut dan bibir dibulatkan semasa menyebut bunyi ini, ya, bulat seperti buah oren.

Dalam bahasa Malaysia buah ini juga dipanggil dengan nama oren tetapi sebutan /o/ yang diguna tidak sama dengan sebutan /o/ yang dibunyikan dalam bahasa Inggeris;

  • bunyi “ŏrange” dalam bahasa Inggeris mengguna bunyi pendek huruf vokal ŏ, dan
  • bunyi ōren dalam bahasa Malaysia mengguna bunyi panjang huruf vokal ō (sebutan nama huruf).

Huruf vokal /o/ adalah satu huruf vokal yang agak menyusahkan (“troublesome”) kerana beberapa bunyi perkataan dalam corak kumpulan KVK dan KVKK tidak langsung mengikut garis panduan peraturan Phonics yang sedia ada, misalnya;

  • bŏmb – cōmb
  • dŏll - rōll,
  • gŏlf  - cōld,
  • lŏst  - mōst,
  • sən, tən - son, ton mengambil bunyi schwa ə.

Walaubagaimana pun bunyi-bunyi huruf vokal yang tidak mengikut peraturan Phonics ini, akan dijelaskan dengan lebih lanjut dalam sesi-sesi akan datang.





   

(Slides Picasa ckata SHORT VOWELS ‘o’ - sila klik bhgn kanan blog ini)

Setakat ini sudah banyak perkataan dari corak kumpulan bunyi pendek huruf vokal ă, ĕ, ĭ dan ŏ yang dapat anak anda baca dengan fasih dan tepat. Tahniah diucapkan, anak anda sudah bersedia untuk membaca ayat-ayat pendek!
  


Latihan lain-lain

1.    Youtube – “Short ŏ Songs, blending short vowels”.
2.    Howjsay.com -  “A free online Talking Dictionary of
English Pronunciation”. Untuk mendapat sebutan tepat dan betul.
3.    fonetiks.org - Untuk mendapat sebutan serta latihan online.
4.   Enchanted Learning's Little Explorer's Picture Dictionary - Kamus bergambar.
5.    Starfall.com – Latihan online
6.    Foniks.org – Latihan online
7.    Carlscorner.com – Buku-buku latihan, bahan membaca.
8.    Progressivephonics.com - Buku-buku cerita. (Online dan muat turun)


Selamat membaca.

No comments:

Post a Comment