Wednesday, October 6, 2010

PHONICS - SHORT AND LONG VOWELS



PART 2  : PHONICS “SHORT AND LONG VOWELS
BAB 2 : PHONICS VOKAL PENDEK DAN PANJANG
 
Lebih daripada 80 peratus dari jumlah perkataan-perkataan bahasa Inggeris mempunyai corak-corak ejaan yang dapat dikenal pasti dan diklasifikasikan di bawah kumpulan kelompok bunyian yang sama.

Dengan ujudnya peraturan-peraturan “Basic Phonics Rules”,  cara penyampaian mengajar membaca bahasa Inggeris melalui kaedah sistem PHONICS dapat dipermudahkan dan disalurkan dengan tepat, tersusun dan sistematik.

Secara ringkas di bawah ini adalah senarai kumpulan-kumpulan bunyian huruf-huruf vokal (V) dan konsonan(K);

      ….”Short vowel sounds
          Consonant blends / diagraphs
          Controlled vowels “R & W”
          Long vowel sounds
          Third sounds
          Diphthongs….”
          Dan lain-lain bunyi luar dari bidang PHONICS.


Huruf-huruf vokal a, e, i, o, u (kadang-kala y dan w) memainkan peranan penting mengatur bentuk bunyi yang disebut dalam satu satu perkataan. Terdapat hanya 5 (lima) huruf vokal tetapi huruf-huruf  vokal ini mempunyai lebih daripada 20 (dua puluh) bunyi yang berlainan. Contohnya dalam ayat:

"My father ate an apple" 

Terdapat 3 bunyi huruf vokal /a/. 
Cuba anda baca... 
ya, tiga bunyi yang berlainan!


-       fäther    =  bunyi ketiga
-       āte        =  bunyi panjang
-       ăpple     =  bunyi pendek

  Menerusi pembelajaran mengguna kaedah sistem PHONICS, bunyi-bunyi berlainan seperti diatas akan diperkenalkan dengan jelas dan sistematik. Anak anda akan mahir mengeja perkataan-perkataan yang dibaca serta mampu mengenakan sebutan bunyi dengan tepat dan betul.

Kita perlu mengimbas sejarah asal usul datangnya bahasa Inggeris untuk memahami kenapa terdapat lebih daripada 44bunyi yang datang daripada 26 huruf vokal dan konsonan dalam abjad. Untuk mendapat keterangan lanjut, sila layari laman web di bawah tajuk-tajuk seperti “the origins of English Language” dan lain-lain.

Bahasa Malaysia juga menggunakan sistem mengeja, dan kalau kita perhatikan dari segi ciri-ciri penyampaian sistem belajar membaca bahasa Malaysia yang diguna, lebih kurang sama dengan cara penyampaian melalui kaedah sistem Phonics. Misalnya, dalam program belajar membaca bahasa Malaysia;
  • Mulanya mengenali huruf-huruf dalam abjad, a hingga z. 
  • mencantum huruf konsonan(K) dan huruf vokal (V) untuk dijadikan suku kata. 
  • Mengeja dan membunyikan suku kata KV terbuka. 
  • Menulis suku kata KV. 
  • Mengenal suku kata tertutup KVK 
  • Dan sebagainya.
Oleh yang demikian saya percaya ramai dari kalangan ibubapa dengan mudah akan dapat membimbing anak-anak dirumah supaya cekap membaca asas bahasa Inggeris menerusi sistem kaedah PHONICS.

Salam Sejahtera.

No comments:

Post a Comment